Cadangan merekabentuk ruang dalaman barangan dapur Tefal di Kinta City / Nurasiyah Mohd Johar @ Mohd Johan

Mohd Johar @ Mohd Johan, Nurasiyah (2008) Cadangan merekabentuk ruang dalaman barangan dapur Tefal di Kinta City / Nurasiyah Mohd Johar @ Mohd Johan. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Projek akhir rekabentuk dalaman adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek proses rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek pilihan adalah cadangan rekabentuk dalaman ruang niaga barangan dapur Tefal.Projek ini dijalankan untuk memperkenalkan produk barangan dapur Tefal kepada para pengunjung di samping menunjukkan rekabentuk dalaman bagi sebuah ruang niaga Tefal menjurus kepada ergonomik dan berteknologi tinggi. Ruang niaga barangan dapur Tefal ini merupakan pusat jualan perkakasan dapur kepada pelanggan khususnya rakyat Malaysia.Antara cadangan ruang untuk projek ini adalah seperti ruang kaunter bayaran, kaunter pertukaran barang, ruang pameran perkakasan, ruang perbincangan, ruang percubaan, ruang demostrasi,ruang pekerja serta ruang simpan barang.Tapak lokasi terletak di tingkat bawah di Lot 3,5,6,7 di 51105, Kinta City, Off Jalan Sultan Azlan Shah, 31400, Ipoh, Perak. Objektif utama ialah untuk memperkenalkan ruang niaga yang baru kepada produk barangan dapur tefal di Malaysia. Secara kesimpulannya, rekabentuk baru yang bakal dijalankan ini haruslah menepati ciri- ciri kehendak pelanggan serta bersesuaian dengan konsep yang ingin ditonjolkan. Diharapkan, rekabentuk ini dapat memberi manfaat kepada semua individu.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PPd_NURASIYAH MOHD JOHAR @ MOHD JOHAN AP 08_5.pdf]
Text
PPd_NURASIYAH MOHD JOHAR @ MOHD JOHAN AP 08_5.pdf
Download (129kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics