Laporan cadangan rekabentuk dalaman Pusat Lomografi di 37 , Jalan Maarof , 59000 Bangsar , Kuala Lumpur / Syafinaz Saifuddin

Saifuddin, Syafinaz (2009) Laporan cadangan rekabentuk dalaman Pusat Lomografi di 37 , Jalan Maarof , 59000 Bangsar , Kuala Lumpur / Syafinaz Saifuddin. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Bagi semester akhir ini, saya teiah mencadangkan untuk mereka bentuk sebuah Pusat Lomografi untuk Persatuan Lomografi Malaysia. Klien merupakan Duta Lomografi Malaysia dan tapak asal bagi Pusat Lomografi adalah di sebuah kafe milik klien iaitu Kafe +Wondermilk di Damansara Utama, Petaling Jaya. Oleh kerana Pusat Lomografi asal menumpang tapak di kafe tersebut, maka pusat ini memerlukan tapaknya sendiri kerana Lomografi semakin dikenali, bilangan ahli persatuan semakin bertambah dan juga permintaan produk Lomography yang semakin meningkat. Tapak yang dicadangkan terletak di 37 Jalan Maarof, 59000 Kuala Lumpur. Kedudukan tapak agak strategik kerana terletak di sepanjang Jalan Maarof dan menghadap Pusat Membeli-Belah Bangsar Village. Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan di kawasan tersebut kerana terdapat banyak kedai-kedai, bank, restoran, dan Iainlain di Jalan Telawi, berhadapan dengan Jalan Maarof. Tapak bangunan yang dipilih adalah sebuah banglo tahun 1980-an satu tingkat yang berkeluasan 3609 sqft. Bangunan tersebut dimiliki oleh Johnson Suisse dan kini bangunan itu telah kosong, tetapi masih terjaga dan keija pembersihan dilakukan setiap minggu oleh pekerja syarikat tersebut. Oleh kerana ruang yang diperlukan bagi Pusat Lomografi ini adalah pusat penjualan, galeri, mini kafe dan tempat perbincangan, kajian kes yang dijalankan adalah di Sony Style KLCC, Pixels Photo Pavilion, Kafe +Wondermilk Damansara Utama dan Pusat Lomografi di New York. Setelah menjalankan kajian kes tentang Pusat Lomografi di negara-negara lain dan kajian tentang Lomografi, saya mendapati tentang kegunaan dinding Lomo, warna-wama korporat yang perlu digunakan, perkakas dan perabot yang sesuai dan produk-produk Lomografi yang dipasarkan bagi projek ini.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Saifuddin, Syafinaz
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Rekabentuk dalaman, Pusat Lomografi
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25140
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_SYAFINAZ SAIFUDDIN AP 09_5.pdf] Text
PPd_SYAFINAZ SAIFUDDIN AP 09_5.pdf

Download (103kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

25140

Indexing

Statistic

Statistic details