Laporan cadangan rekabentuk dalaman kedai ummph!! Tea Shop di Shah Alam Lot 33,33A, 33B, Groundfloor Level, Sacc Mall Shah Alam. / Nur Shahida Ismail

Ismail, Nur Shahida (2007) Laporan cadangan rekabentuk dalaman kedai ummph!! Tea Shop di Shah Alam Lot 33,33A, 33B, Groundfloor Level, Sacc Mall Shah Alam. / Nur Shahida Ismail. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat diploma adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek proses rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat asas sehingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Sebagai projek semester akhir penulis telah memilih skop dalam rekaan kedai produk Teh BOH. Ini adalah kerana produk BOH mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Selain itu juga cara pemprosesan teh dibuat dengan secara teliti membuatkan teh ini mendapat tempat di hati para peminat Teh BOH. Rekaan kedai produk BOH merupakan salah satu cabang dalam Rekabentuk Dalaman yang memerlukan pemikiran memberikan panduan visual yang mudah difahami. Laporan kajian akhir ini juga mengandungi langkah-langkah merekabentuk retgi /minuman dari awal hingga akhir. Diharapkan laporan kajian akhir ini akan berjaya seperti yang dikehendaki dan menjadi rujukan kepada pihak-pihak yang berkaitan. Tapak projek yang strategik dan kefahaman yang tinggi dalam prinsip rekabentuk yang melibatkan aspek-aspek yang menitikberatkan elemen-elemen daya penarik untuk menarik minat pelanggan untuk datang ke kedai ini dan memberi suasana yang sesuai dengan sasaran pelanggan selain daripada aspek-aspek Psikologi, teknikal dan binaan. Kesemua data dan maklumat kajian dihasilkan dalam bentuk tulisan, diterangkan melalui graf dan gambarajah untuk memberikan panduan visual yang mudah difahami. Laporan kajian akhir ini juga mengandungi langkahlangkah rekabentuk retail minuman dari awal hingga akhir dan juga terdapat proses rekabentuk iaitu proses-proses yang di lalui untuk menyelesaikan projek ini.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ismail, Nur Shahida
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Rekabentuk dalaman
Date: 2007
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25135
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_NUR SHAHIDA ISMAIL AP 07_5.pdf] Text
PPd_NUR SHAHIDA ISMAIL AP 07_5.pdf

Download (96kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

25135

Indexing

Statistic

Statistic details