Laporan cadangan menaik taraf serta memberi rekabentuk baru kepada Restoran Kuey Teow Goreng Doli di No.5, Regat Tupai, 34000 Taiping, Perak / Nadirah Nadzam

Nadzam, Nadirah (2009) Laporan cadangan menaik taraf serta memberi rekabentuk baru kepada Restoran Kuey Teow Goreng Doli di No.5, Regat Tupai, 34000 Taiping, Perak / Nadirah Nadzam. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Restoran boleh didefinisikan sebagai tempat orang awam menjamu selera bersama keluarga, rakanrakan mahupun sesiapa sahaja. Restoran juga merupakan tempat untuk orang ramai mengadakan perjumpaan, mesyuarat dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis restoran di Malaysia. Antaranya adalah restoran yang menjual makanan Melayu, India, Cina dan ada juga restoran yang menjual makanan yang spesifik seperti ’vegetarian’ dan makanan yang tidak halal bagi kaum Melayu. Restoran juga amat mementingkan aspek kebersihan dan keselesaan serta kualiti makanan yang disajikan. Ini bertujuan menarik ramai lagi pelanggan untuk berkunjung ke restoran tersebut. Bagi mereka yang terlalu sibuk dengan urusan kerja dan tidak sempat untuk memasak, restoranlah yang akan menjadi tumpuan utama untuk menjamu selera. Oleh demikian, menaiktaraf Restoran Kueyteow Goreng Doli menjadi projek akhir kerana ia dapat menarik ramai lagi pelanggan disebabkan keistimewaan kueyteow gorengnya iaitu ia digoreng dengan menggunakan kayu arang dan rasa kueyteow goreng itu sendiri disamping pengubahsuaian ruang dalaman yang akan dibuat. Restoran Kueyteow Goreng Doli juga merupakan restoran yang popular di serata Malaysia terutama sekali di negeri bermulanya perniagaan ini iaitu di Taiping, Perak. Setelah perniagaannya meningkat maju, pemilik restoran ini telah mewujudkan cawangannya yang baru di Kampung Baru, Kuala Lumpur setelah 31 tahun perniagaan ini dijalankan. Perkataan DOLI merupakan perkataan Mandarin yang membawa maksud ’bekerja keras dengan penuh semangat’ dan ia telah menjadi inspirasi kepada pemilik restoran ini. Namun,disebabkan keadaan ruang dalamannya yang kurang selesa dan agak padat maka cadangan untuk menaiktarafkan restoran ini pun dipilih. Ini adalah untuk memberi konsep baru tehadap ruang dalaman yang akan memberikan kesan ketenangan dan keselesaan apabila pelanggan menjamu selera di restoran ini kelak.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Nadzam, Nadirah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Interior design, Interior decoration
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24704
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_NADIRAH NADZAM AP 09_5.pdf] Text
PPd_NADIRAH NADZAM AP 09_5.pdf

Download (93kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

24704

Indexing

Statistic

Statistic details