Cadangan menaik taraf dan merekabentuk Taman Budaya Kuala Lumpur / Mohd Shahrul Izwan Shahrudin

Shahrudin, Mohd Shahrul Izwan (2009) Cadangan menaik taraf dan merekabentuk Taman Budaya Kuala Lumpur / Mohd Shahrul Izwan Shahrudin. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek akhir ini merupakan cadangan menaik taraf dan merekabentuk Taman Budaya Kuala Lumpur, di Jalan Tun H.S.Lee, 50000 Kuala Lumpur. Tujuan utama projek ini ialah untuk merekabentuk semula ruang yang sedia ada dan menyusun semula aliran keluar dan masuk pengunjung dan pekerja untuk memberi lebih keselesaan dan memenuhi keperluan pengunjung yang berkunjung ke Taman Budaya itu nanti. Dalam masa yang sama, rekabentuk ini akan dapat memenuhi objektif projek iaitu Taman Budaya ini bukan sahaja mempunyai konsep dan imej yang tersendiri, malah mampu memberi daya tarikan kepada ramai pengunjung yang bukan sahaja dari Malaysia dan pengunjung dari luar yang datang berkunjung di sini. Taman Budaya ini juga terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur yang pasti menarik tumpuan pengunjung malah mudah dari segi pengangkutan. Beberapa kajian telah dijalankan, antaranya ialah mengenalpasti aktiviti, kemudahan dan ruang yang ada di Taman Budaya di negeri-negeri lain. Maklum balas dari pengunjung yang berkunjung ke Taman Budaya tersebut dan pendapat orang ramai akan digunakan untuk cadangan mengubah suai dan mereka bentuk Taman Budaya tersebut. Konsep dan imej yang dicadangkan dijangkakan mampu memberi impak dan perubahan yang besar kepada bangunan ini. Ia juga boleh dijadikan salah satu daya tarikan utama kepada pelancong dari luar dan dalam Negara untuk datang ke sini sambil memartabatkan kesenian dan kebudayaan di Malaysia.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Shahrudin, Mohd Shahrul Izwan
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Interior design, Interior decoration
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24694
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_MOHD SHAHRUL IZWAN SHAHRUDIN AP 09_5.pdf] Text
PPd_MOHD SHAHRUL IZWAN SHAHRUDIN AP 09_5.pdf

Download (103kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

24694

Indexing

Statistic

Statistic details