Cadangan rekabentuk dalaman baru Dr. Jeans Studio di Ipoh Parade , Greentown, 30450 Ipoh, Perak / Nur Hidayah Che Jusoh

Che Jusoh, Nur Hidayah (2007) Cadangan rekabentuk dalaman baru Dr. Jeans Studio di Ipoh Parade , Greentown, 30450 Ipoh, Perak / Nur Hidayah Che Jusoh. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek ini merupakan cadangan merekabentuk ruang dalaman yang baru untuk Dr. Jeans studio, G07, G08 & G09, Tingkat Bawah, Ipoh Parade, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30300, Ipoh, Perak. Faktor utama perancangan projek ini adalah untuk menjadikan pusat membaiki barangan denim sebagai satu tempat tumpuan pelanggan yang komersial dan bagi mengatasi masalah yang dihadapi olehkakitangan serta memenuhi kepentingan dan keselesaan pelanggan mereka. Selain itu, keperluan dan perancangan ruang asal bagi kedai ini tidak sistematik iaitu penyediaan ruang laluan pelanggan yang sempit. Penggunaan rekabentuk pameran dan jenis kemasan yang digunakan adalah lama dan tidak menarik. Beberapa kajian telah dilakukan untuk menjalankan projek ini iaitu melalui kajian kes, rujukan, kajian tapak, dan kajian bangunan. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mendapatkan maklumat yang secukupnya berkenaan dengan projek, mengenalpasti masalah yang ada, serta membuat perbandingan di antara kajian-kajian lain yang telah dibuat. Sehingga kini, kebanyakan pusat membaiki barangan denim di Malaysia masih lagi berada di takuk lama dengan menggunakan rekabentuk dan susunatur yang tidak sesuai. Sistem yang digunakan juga sentiasa memberi masalah kepada pelanggan dan juga kakitangan mereka sendiri. Semoga dengan cadangan merekabentuk ruang dalaman yang baru ini di harap dapat merealisasikan impian Dr. Jeans Studio sebagai satu pusat membaiki barangan denim yang terkenal di Malaysia.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Che Jusoh, Nur Hidayah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Interior design, Interior decoration
Date: 2007
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24690
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_NUR HIDAYAH CHE JUSOH AP 07_5.pdf] Text
PPd_NUR HIDAYAH CHE JUSOH AP 07_5.pdf

Download (110kB)

Fulltext

Fulltext is available at:

ID Number

24690

Indexing

|

Statistic

Statistic details