Cadangan merekabentuk hiasan dalaman Pusat Komuniti Graffiti Untuk They Art Studio Di N0.34, Jalan Robson, 50460 Kuala Lumpur / Mohammad Faizal Azim Norafendi

Norafendi, Mohammad Faizal Azim (2009) Cadangan merekabentuk hiasan dalaman Pusat Komuniti Graffiti Untuk They Art Studio Di N0.34, Jalan Robson, 50460 Kuala Lumpur / Mohammad Faizal Azim Norafendi. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek akhir untuk para pelajar Diploma Rekabentuk Dalaman merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah merekabentuk hiasan dalaman galeri 'Graffiti Comunity Centre’ untuk They Art Studio yang terletak di Central Market Annexe, Jalan Hang Kasturi, 50500 Kuala Lumpur. Galeri yang dicadangkan ini akan di sewa oleh Mahathir a.k.a They. Sasaran pelawat yang akan datang ke galeri ini ialah dari golongan muda hingga tua di Malaysia yang meminati karya seni graffiti ini. Oleh kerana pelawat yang akan datang ke galeri ‘Graffiti Comunity Centre’ ini daripada penduduk tempatan dan pelancong luar negara, konsep dan stail dalam rekabentuk harus sesuai dengan citarasa setiap individu daripada kawasan yang berbeza dan mampu memberikan keselesaan terhadap pelawat ketika memasuki ruang dalaman galeri. Imej dan konsep yang dipilih bukan sahaja sesuai dengan klien malah mampu memberikan kesan positif serta meningkatkan kepercayaan pelawat dan klien yang datang berurusan di galeri 'Graffiti Comunity Centre’ ini. Sehubungan dengan itu, stail rekabentuk yang dipilih untuk galeri 'Graffiti Comunity Centre’ ialah 'urban street style’ yang membawa maksud gaya hidup jalanan disesebuah bandar ataupun gaya rekabentuk yang digunakan hampir di seluruh dunia serta mengikut piawai skema rekabentuk dan kod yang telah ditetapkan. Bagaimanapun, sebelum mendapatkan hasil rekabentuk yang sesuai untuk semua latar belakang dari seluruh dunia, beberapa kajian perlu dilakukan di mana kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis-jenis klien dan sasaran pelawat di 'Graffiti Comunity Centre’, ruang yang selalunya mendapat perhatian pelawat, ruang yang perlu dimuatkan dalam galeri, jenis perkhidmatan yang disediakan, waktu urus niaga beroperasi serta pelbagai maklumat berkenaan yang berkaitan dengan galeri. Antara kaedah kajian ialah melalui temuramah, media cetak, internet, pemerhatian, pengalaman dan juga hasil daripada kajian kes samada dari dalam atau luar negara.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Norafendi, Mohammad Faizal Azim
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Interior design, Interior decoration
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24673
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_MOHD FAIZAL AZIM NORAFENDI AP 09_5.pdf] Text
PPd_MOHD FAIZAL AZIM NORAFENDI AP 09_5.pdf

Download (131kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

24673

Indexing

Statistic

Statistic details