Laporan cadangan rekabentuk kedai Sukan Nike Football Store / Ahmad Khairi Jamalludin

Jamalludin, Ahmad Khairi (2009) Laporan cadangan rekabentuk kedai Sukan Nike Football Store / Ahmad Khairi Jamalludin. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek akhir untuk para pelajar Diploma Rekabentuk Dalaman merupakan satu manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang keseluruhan aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek yang dipilih bagi projek akhir ini ialah merekabentuk dalaman ruang Retail Nike Football Store di 12-1 a dan 1b, Jalan Persiaran Greentown 8, Pusat Pemiagaan Greentown Ipoh 30450. Pembukaan retail ini merupakan cawangan retail Nike football Store yang ke-enam di Malaysia. Retail Nike merupakan sebuah retail barangan sukan yang asalnya dari United State, dan kepercayaan dan pengiktirafan telah diberikan kepada Al-lkhsan Sport sdn bhd untuk menjadi kedai retail pertama di iktiraf oleh pihak Nike di asia tenggara. Retail ini menjual pelbagai barangan sukan bola sepak dari baju, seluar hinggalah ke kasut. Retail ini memberikan tumpuan kepada pelanggan terutama golongan remaja serta peminat-peminat sukan yang mengikuti perkembangan sukan bola sepak. Pelanggan yang berkunjung ke Retail Nike Football Store merupakan pelanggan yang datang dari pelbagai latar belakang. Oleh itu, imej dan konsep dalam rekabentuk harus sesuai dengan citarasa setiap individu dan mestilah memberikan keselesaan keada pelanggan ketika membuat urusan. Imej dan konsep yang dipilih mestilah yang mempunyai semangat sukan yang berkesan, dan stail rekabentuk yang dipilih untuk retail ini ialah 'feel the experience’, yang membawa maksud mendalami atau menjiwai semangat kesukanan. Ini kerana sukan ini bukan sahaja diminati oleh lelaki sahaja, malah turut di minati oleh wanita. Dalam menyiapkan tugasan ini, beberapa kajian perlu dilakukan di mana kajian ini bertujuan untk mengenalpasti sasaran pengguna dan sebagainya.Antara kaedah kajian yang dijalankan ialah melalui temuramah, internet, borang soal selidik, pemerhatian dan beberapa kajian lain. Kajian ini seterusnya membantu memberikan maklumat dalam merekabentuk ruang dalaman Retail Nike Football Store.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jamalludin, Ahmad Khairi
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Kedai Sukan Nike Football Store; Cadangan menaik taraf; Rekabentuk Dalaman; Cadangan rekabentuk
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24242
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_AHMAD KHAIRI JAMALUDDIN AP 09_5.pdf] Text
PPd_AHMAD KHAIRI JAMALUDDIN AP 09_5.pdf

Download (107kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

24242

Indexing

Statistic

Statistic details