Tahap kefahaman pelajar tentang riba hutang / Nurdiana Syazwani Norhadi

Norhadi, Nurdiana Syazwani (2018) Tahap kefahaman pelajar tentang riba hutang / Nurdiana Syazwani Norhadi. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Islam merupakan agama yang menjaga kemaslahatan umat manusia dengan mensyariatkan undang-undang muamalat dalam kehidupan seharian. Namun, sehingga hari ini riba masih lagi diamalkan dalam pelbagai aktiviti, baik dalam aktiviti jual beli, hutang-piutang, mahupun dalam transaksi-transaksi yang lain. Dalam muamalat (ekonomi Islam), riba bukan sahaja dipandang sebagai sesuatu yang haram untuk dilakukan, malah riba juga merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral bagi pelakunya. Pada waktu yang sama, aktiviti berhutang juga sudah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat moden hari ini. Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan terutama sekali bagi tujuan yang melebihi keperluan asas kehidupan kerana agama yang mulia ini menyuruh umatnya menjalani kehidupan secara wasatiyyah atau bersederhana dan mengutamakan sikap qana'ah. Keinginan manusia terhadap kesenangan dunia sememangnya tiada batasan dan sempadan namun keinginan tersebut wajar diseimbangkan dengan keimanan serta penghayatan nilai-nilai murni yang digariskan oleh Islam. Oleh itu, kajian ini akan menjelaskan dengan lebih mendalam tentang konsep riba serta mengenalpasti tahap
kefahaman pelajar tentang riba hutang. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temubual. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengharaman riba adalah selaras dengan maqasid syariah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT melalui hukum syariat-Nya bagi menjana maslahah dan menjauhi keburukan kepada pengguna.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_NURDIANA SYAZWANI NORHADI ACI B 18_5.pdf] Text
PPd_NURDIANA SYAZWANI NORHADI ACI B 18_5.pdf

Download (286kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

23860

Indexing