Laporan akhir kajian terokaan tentang pendedahan kepada majalah hiburan (hal & mangga): tahap penerimaan pembaca / Prof Madya Abdullah @ Kassim Mohamad , Prof Madya Dr. Mokhtar Muhammad , Haliza Hasan

Mohamad, Abdullah @ Kassim and Muhammad, Mokhtar and Hasan, Haliza (2007) Laporan akhir kajian terokaan tentang pendedahan kepada majalah hiburan (hal & mangga): tahap penerimaan pembaca / Prof Madya Abdullah @ Kassim Mohamad , Prof Madya Dr. Mokhtar Muhammad , Haliza Hasan. [Research Reports] (Submitted)

Abstract

Kebanyakan majalah hiburan melampaui batas etika kewartawanan dengan
memaparkan maklumat/berita dan gambar-gambar yang sensasi
Kebanyakan majalah hiburan mengeksploitasi artis agar pembaca tertarik membelinya.
Maklumat yang terdapat dalam majalah hiburan banyak berkisar pada persoalan cinta,
kekasih, gosip panas dan Iain-Iain lagi yang melalai dan mengkhayalkan para pembaca.
Majalah hiburan juga kurang menekan kepada fungsi mendidik dan menyalurkan
maklumat berguna kepada para pembaca. Kebanyakan majalah hiburan mempengaruhi
remaja mencontohi cara hidup sosial yang negatif. Gambar-gambar sensasi yang
dipaparkan boleh menjurus ke arah aktiviti kurang sihat. Hanya artis-artis sensasi dan
'muka-muka' sama sahaja yang sering diberikan liputan. Ini menutup peluang artis yang
benar-benar memperjuangkan bakat mereka. Liputan berita seseorang artis lebih terarah
kepada perkara-perkara peribadi yang bersifat negatif. Liputan tentang perkara-perkara
positif amat kurang. Media massa dianggap sebagai sesuatu yang sangat-sangat
berpengaruh dan berkesan. Mereka yang mengendalikan media massa itu dianggap
mempunyai "kuasa" yang amat kuat dan luas dalam mempengaruhi masyarakat dalam
melakukan ataupun tidak melakukan sesuatu. Media massa juga mempunyai tugas
penting untuk membina generasi muda agar lebih bermoral dan beretika tinggi. Pada
masa yang sama, media massa juga dapat meninggalkan kesan yang amat
membimbangkan. la menjadi semakin kritikal kerana lebih digemari dan didampingi oleh
remaja, iaitu satu kelompok yang sangat sensitif dan mudah dipengaruhi oleh anasir
tertentu. Akhirnya berlakulah peningkatan dalam gejala sosial seperti kes penagihan
dadah, pembuangan bayi, budaya melepak, bohsia, kumpulan samseng dan sebagainya
yang membabitkan golongan remaja. Majalah, merupakan salah satu daripada media
bercetak yang amat digemari oleh remaja sebagai bahan bacaan dan rujukan mereka.
Kebanjiran majalah-majalah hiburan di pasaran sedikit sebanyak mencorak pemikiran
remaja. Berita yang lebih menonjolkan gaya hidup ala 'rich and famous' dengan
memperbesarkan isu kemewahan hidup artis remaja sedikit sebanyak meninggalkan
kesan. Kemunculan penyanyi dan pelakon remaja, dengan berita-berita sensasi
mengenai kejayaan mereka, telah menarik minat remaja untuk mengikut cara hidup yang
sama. Corak pakaian serta tingkah laku kebaratan turut menjadi ikutan mereka.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad, Abdullah @ Kassim
UNSPECIFIED
Muhammad, Mokhtar
UNSPECIFIED
Hasan, Haliza
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NE Print media
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Communication and Media Studies
Keywords: Media massa, Artis, Remaja
Date: 2007
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2372
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of LP_ABDULLAH KASSIM MOHAMAD 07_5 1.pdf] Text
LP_ABDULLAH KASSIM MOHAMAD 07_5 1.pdf

Download (27kB)

Fulltext

Fulltext is available at:

ID Number

2372

Indexing