Pelestarian manuskrip Melayu sebagai sumber ilmu pengetahuan di Malaysia / Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin, Paiz Hassan and Hamdi Rahman Mohd Yaacob

Zainal Abidin, Mohd Zahirwan Halim and Hassan, Paiz and Mohd Yaacob, Hamdi Rahman (2013) Pelestarian manuskrip Melayu sebagai sumber ilmu pengetahuan di Malaysia / Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin, Paiz Hassan and Hamdi Rahman Mohd Yaacob. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Manuskrip Melayu merupakan warisan ketamadunan Melayu yang amat bernilai terutamanya dalam aspek keilmuan dan keintelektualan. Penulisan manuskrip Melayu oleh para cendikiawan silam menggambarkan bahawa tamadun Melayu telah mencapai tahap kegemilangan yang positif dalam lapangan keilmuan dengan lahirnya pelbagai karya yang menjadi kajian dan rujukan para ilmuan termasuklah orientalis Barat. Oleh itu, langkah dalam melestarikan manuskrip Melayu sebagai sumber ilmu pengetahuan amat wajar dilakukan dalam memastikan warisan ini tidak musnah dan masih lagi menyumbang kepada lapangan akademik masa kini. Objektif kajian ini ialah mengkaji sejarah penulisan manuskrip Melayu, kepentingan manuskrip melayu dalam lapangan ilmu di Malaysia serta langkah-langkah yang telah dibuat oleh beberapa institusi bagi melestarikan manuskrip Melayu sebagai warisan keilmuan yang tinggi nilainya. Kajian ini menggunakan dua metodologi iaitu kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Daripada kajian ini penulis dapat melihat manuskrip Melayu telah menjadi satu elemen penting dalam perkembangan keilmuan di Malaysia dengan lahirnya ramai penulispenulis atau para ulama yang menghasilkan karya yang bernilai sehingga menjadi rujukan dan kajian dalam lapangan akademik. Di samping itu, peranan beberapa institusi di Malaysia dalam melestarikan manuskrip Melayu telah berjaya mengekalkan warisan ketamadunan Melayu ini terpelihara dan dijaga dengan baik. Oleh itu sewajarnya pelestarian manuskrip Melayu diberi perhatian yang serius oleh pihak-pihak berwajib bagi mengekalkan warisan keilmuan Melayu ini daripada rosak dan musnah ditelan zaman.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zainal Abidin, Mohd Zahirwan Halim
UNSPECIFIED
Hassan, Paiz
UNSPECIFIED
Mohd Yaacob, Hamdi Rahman
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General) > Educational exhibitions and museums
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC)
Keywords: Manuskrip Melayu
Date: 2013
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23670
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of LP_MOHD ZAHIRWAN HALIM ZAINAL ABIDIN RMI 13_5.pdf] Text
LP_MOHD ZAHIRWAN HALIM ZAINAL ABIDIN RMI 13_5.pdf

Download (7MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

23670

Indexing

Statistic

Statistic details