Peranan Perbadanan Wakaf Selangor dalam membangunkan sktor pendidikan di Selangor / Ainun Safiya Maiddin

Maiddin, Ainun Safiya (2017) Peranan Perbadanan Wakaf Selangor dalam membangunkan sktor pendidikan di Selangor / Ainun Safiya Maiddin. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Wakaf merupakan salah satu daripada bentuk sumbangan yang penting dalam pembangunan umat Islam. Wakaf bukan sahaja meningkatkan lagi ekonomi Islam akan tetapi wakaf turut berperanan dalam membangunkan sektor pendidikan. Bagi pengurusan wakaf yang lebih sistematik Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) ditubuhkan. Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengetahui cara pengurusan wakaf
yang dibuat oleh PWS khususnya yang berkaitan dengan pendidikan di negeri Selangor. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini selain menggunakan metod kajian
perpustakaan ialah dengan membuat temubual bersama wakil dari PWS bertujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam cara pengurusan yang dibuat oleh pihak
mereka. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa pihak PWS masih belum membuat pengkhususan wakaf pendidikan akan tetapi terdapat sumbangan yang mereka lakukan secara tidak langsung dalam membangunkan sektor pendidikan khususnya di Selangor. Kepentingan dari kajian ini adalah untuk melihat bagaimana pengurusan PWS dalam memperkembangkan lagi peranan mereka membangunkan sektor pendidikan menerusi wakaf.

Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PPb_AINUN SAFIYA MAIDDIN ACI B 17_5.pdf]
Text
PPb_AINUN SAFIYA MAIDDIN ACI B 17_5.pdf
Download (175kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics