Mengenalpasti punca-punca kedatangan pelancong yang bermusim dalam pelancongan di Gunung Ledang, Johor / Chew Sze Siong, Nor Asikin Shaharuddin and Lim Lee Sah

Chew, Sze Siong and Shaharuddin, Nor Asikin and Lim, Lee Sah (2009) Mengenalpasti punca-punca kedatangan pelancong yang bermusim dalam pelancongan di Gunung Ledang, Johor / Chew Sze Siong, Nor Asikin Shaharuddin and Lim Lee Sah. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Seasonality dalam permintaan pelancongan merupakan satu isu yang semakin mendapat
perhatian daripada semua sektor yang terlibat dalam industri pelancongan khasnya di
kawasan tarikan yang terletak di kawasan sempadan (peripheral destinations) dan
kawasan tarikan pelancong yang mempunyai perubahan empat (4) musim di sepanjang
tahun. Fenomena seosonality paling ketara yang boleh dilihat di negara Malaysia adalah
di destinasi pelancongan kepulauan yang terletak di Pantai Timur Semenanjung
Malaysia. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa seasonality mungkin juga berlaku
di kawasan-kawasan terikan yang lain di Malaysia. Tujuan penyelidikan ini dijalankan
ialah untuk mengenalpasti punca-punca seasonality dalam pelancongan di Gunung
Ledang. Kewujudan seasonality adalah hasil daripada permintaan pelancongan yang
bermusim di sesebuah kawasan destinasi yang tertentu. Oleh itu, soal selidik pelawat
dijalankan bagi mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk mengenalpasti
faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan pelancong di Gunung Ledang. Hasil kajian
mendapati bahawa Gunung Ledang merupakan kawasan tarikan yang sering dikunjungi
oleh pelawat harian yang terdiri daripada golongan belia dan pelawat yang datang
bersama seisi keluarga. Oleh itu, cuti hujung minggu dan cuti sekolah merupakan masa
yang paling sesuai bagi mereka untuk membuat lawatan atau bercuti. Tambahan pula,
jarak perjalanan yang jauh dan kekurangan kawasan tarikan lain di sekitar Gunung
Ledang tidak dapat menarik kedatangan pelawat pada hari-hari biasa selain daripada
musim cuti. Ini jelas menunjukkan bahawa masa cuti, jarak perjalanan dan kawasankawasan tarikan yang terhad di sekitar Gunung Ledang merupakan punca-punca yang
menyebabkan seasonality dalam pelancongan di Gunung Ledang.Gunung Ledang dilihat
berpotensi untuk dibangunkan dan dipromosikan sebagai sebuah wilayah pelancongan
yang mempunyai pelbagai produk pelancongan yang berasaskan sumberjaya tempatan.
Maka, tindakan yang sewajarnya harus diambil oleh pihak-pihak yang terlibat supaya
masalah seasonality dalam pelancongan di Gunung Ledang dapat diatasi dengan secepat
mungkin.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Chew, Sze Siong
UNSPECIFIED
Shaharuddin, Nor Asikin
UNSPECIFIED
Lim, Lee Sah
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC)
Keywords: Seasonality, pelancongan, industri pelancongan
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2296
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of LP_CHEW SZE SIONG RMI 09_5 1.pdf] Text
LP_CHEW SZE SIONG RMI 09_5 1.pdf

Download (97kB)

Fulltext

Fulltext is available at:

ID Number

2296

Indexing

|

Statistic

Statistic details