Cadangan reka bentuk baru Kafe Rotiboy Bakeshoppe / Siti Maisarah Mohd Razikin

Mohd Razikin, Siti Maisarah (2009) Cadangan reka bentuk baru Kafe Rotiboy Bakeshoppe / Siti Maisarah Mohd Razikin. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Untuk projek akhir IND 381 ( Kursus Reka Bentuk Dalaman), saya telah memilih cadangan projek reka bentuk baru Kafe Rotiboy Bakeshoppe. Projek ini dipilih berdasarkan kajian yang telah dibuat dengan mengkaji permasalahan yang sedia ada, pengumpulan data, pemerhatian dan Iain-lain. Setiap projek mempunyai matlamat yang ingin dicapai. Perkara penting yang perlu diambil kira dalam sesuatu projek ialah mengetahui isu, matlamat, objektif, skop kajian, halangan dan kepentingan projek khususnya. Kajian terhadap tapak cadangan perlu diambil kira agar keadaan tapak sesuai dengan permintaan dan konsep produk klien. Perkara-perkara ini perlu diketahui sebelum memulakan dan merancang sesuatu projek. Berdasarkan kajian kes yang telah dibuat, beberapa permasalahan dan isu yang telah dapat diketahui. Walaupun produk Rotiboy telah berjaya menambat hati penduduk di Malaysia ini, kedai Rotiboy Bakeshoppe masih tidak berkembang mengikut kesesuaian kadar pelanggannya. Dengan itu, cadangan reka bentuk baru sebuah kafe Rotiboy Bakeshoppe adalah jalan terbaik bagi merealisasikan matlamat yang ingin dicapai. Tambahan pula, cadangan projek kafe untuk Rotiboy Bakeshoppe adalah yang pertama di Malaysia. Daripada situasi ini cadangan reka bentuk baru Kafe Rotiboy Bakeshoppe ini dibuat untuk keselesaan pengunjung yang datang dan menaikkan kualiti untuk kepentingan klien sendiri.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Razikin, Siti Maisarah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NA Architecture > Architectural decoration
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Reka bentuk dalaman; Kafe Rotiboy Bakeshoppe
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21066
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_SITI MAISARAH MOHD RAZIKIN AP 09_5.pdf]
Preview
Text
PPd_SITI MAISARAH MOHD RAZIKIN AP 09_5.pdf

Download (100kB) | Preview

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

21066

Indexing

Statistic

Statistic details