Garispanduan perancangan pembangunan atas tanah bekas lombong. Kes Kajian : Daerah Kinta, Perak / Alias Muda

Muda, Alias (1994) Garispanduan perancangan pembangunan atas tanah bekas lombong. Kes Kajian : Daerah Kinta, Perak / Alias Muda. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini adalah mengenai garispanduan perancangan
pembangunan atas tanah bekas lorobong. Kepentingan mengenai
keperluan garispanduan perancangan pembangunan atas tanah
bekas lombong mula mendapat perhatian bilamana terjadi
kejadian rumah dan jalanraya runtuh di kawasan perumahan
yang didirikan di atas tanah bekas lombong.
Kajian ini telah mengambil Daerah Kinta sebagai kawasan
kajian kerana daerah ini mempunyai kawasan tanah bekas
lombong yang luas setelah industri perlombongan tidak lagi
mampu menampung kerugian operasi yang berterusan. Pada
keseluruhannya, kajian ini meliputi hal-hal yang berkaitan
dengan tanah bekas lombong dari segi profail tanah, akta
yang berkaitan dengan perancangan, jabatan-jabatan yang
terlibat dengan proses kelulusan perancangan, dasar-dasar
kerajaan dan lain-lain yang berkaitan.
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengemukakan garispanduan
perancangan pembangunan atas tanah bekas lombong setelah
mengambilkira kajian awalan, kajian teoritikal dan
penganalisaan yang dilakukan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PPd_ALIAS MUDA AP 94_5 .pdf]
Text
PPd_ALIAS MUDA AP 94_5 .pdf
Download (35kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics