Cadangan merekabentuk skima dan rekabentuk dalaman baru untuk Butik Salikin Sidek di Lot 3.12 & 3.13, pusat membeli-belah Pavillion, Jalan Bukit Bintang, 50250, Kuala Lumpur / Nursara Yasmin Tajul Hakmah

Tajul Hakmah, Nursara Yasmin (2009) Cadangan merekabentuk skima dan rekabentuk dalaman baru untuk Butik Salikin Sidek di Lot 3.12 & 3.13, pusat membeli-belah Pavillion, Jalan Bukit Bintang, 50250, Kuala Lumpur / Nursara Yasmin Tajul Hakmah. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek akhir untuk para pelajar Diploma Rekabentuk Dalaman merupakan ujian terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah merekabentuk menghasilkan skima baru hiasan dalaman Butik Salikin Sidek yang terletak di Lot 3.12 & 3.13, Pavillion Shopping Centre, Jalan Bukit Bintang, 50250, Kuala Lumpur. Butik ini akan menjadi sebuah butik yang pertama menyediakan fesyen yang berteraskan songket dalam prasarana antarabangsa. Sasaran pembeli bukan sekadar warganegara malah antarabangsa. Oleh kerana matlamat pembinaan Butik Salikin Sidek ini bertaraf antarabangsa maka konsep dan stail dalam rekabentuk harus sesuai dengan citarasa antarabangsa tetapi tidak melupakan seni tradisional yang ingin ditonjolkan. Pembahagian dan penyediaan ruang perlulah mampu memberikan keselesaan terhadap pelanggan dan juga para pekerja ketika menjalankan aktiviti seharian dan juga dalam menjalankan urusan pemiagaan. Imej dan konsep yang dipilih bukan sahaja sesuai dengan imej syarikat malah mampu memberikan kesan positif serta meningkatkan kepercayaan pelanggan yang datang membeli-belah di butik ini. Sehubungan dengan itu, stail rekabentuk yang dipilih untuk Butik Salikin Sidek ini ialah ‘enduring art’ yang membawa erti seni yang akan berterusan dan berkekalan. Konsep ini dipilih adalah kerana seni fabrik tradisional ini perlu dipelihara supaya ianya tidak hilang ditelan arus kemodenan dan dapat dihargai oleh generasi yang akan datang. Bagaimanapun, sebelum mendapatkan hasil rekabentuk yang sesuai, beberapa kajian perlu dilakukan di mana kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan dan kehendak ‘boutique retail’ yang telah berda dalam pasaran. Antara kaedah kajian ialah melalui temuramah, media eetak, internet, pemerhatian, pengalaman dan juga hasil daripada kajian kes samada dari dalam atau luar negara.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Tajul Hakmah, Nursara Yasmin
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NA Architecture > Architectural decoration
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Rekabentuk dalaman baru; Butik Salikin Sidek; Songket; Salikin Sidek
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20945
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_NURSARA YASMIN TAJUL HAKMAH AP 09_5.pdf]
Preview
Text
PPd_NURSARA YASMIN TAJUL HAKMAH AP 09_5.pdf

Download (126kB) | Preview

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

20945

Indexing

Statistic

Statistic details