Laporan kajian akhir cadangan mereka bentuk ruang dalaman butik Evisu, LG 13 -LG 15 Aras Bawah Cineleisure, Damansara Petaling Jaya / Nurrohaizatey Mohamed Zaki

Mohamed Zaki, Nurrohaizatey (2009) Laporan kajian akhir cadangan mereka bentuk ruang dalaman butik Evisu, LG 13 -LG 15 Aras Bawah Cineleisure, Damansara Petaling Jaya / Nurrohaizatey Mohamed Zaki. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Pembentukan sesebuah rekabentuk adalah berdasarkan apa yang dilihat, dikaji dan penelitian yang tajam bagi menghasilkan rekabentuk yang berjaya. la harus dilihat dari pelbagai aspek luaran atau dalaman. Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat Diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek reka bentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan reka bentuk. Projek yang telah dipilih adalah cadangan merekabentuk skema rekabentuk baru bagi butik Evisu di Cineleisure, Damansara. Evisu adalah produk denim yang berasal dari Jepun. Produk ini terkenal di seluruh dunia. Golongan muda di negara ini, ada daripada segelintir tidak mengetahui tentang jenama ini. Jenama ini mengkhususkan kepada barangan pakaian dan aksesori untuk lelaki dan wanita. Objektif rekabentuk bagi projek ini adalah memperluaskan lagi pengaruh jenama yang kurang dikenali di Malaysia ini juga memberikan kepuasan kepada mereka yang peka dengan perkembangan fesyen. Analisa tapak yang telah dijalankan juga mendapati lokasi yang dicadangkan amat strategik dan dipersetujui oleh klien. Lokasi yang menjadi tumpuan pelancong dan juga pengunjung tempatan terutamanya golongan muda menjadikan ianya faktor terbaik. Selepas menjalankan analisa terhadap bangunan yang dipilih, konsep rekabentuk dan imej yang diperlukan telah dikenalpasti sebagai panduan bagi memudahkan keseluruhan proses rekabentuk. Bagi projek ini, konsep ‘Oddly Emphasis’ dan imej adalah 'Deconstruction’ telah dipilih bagi diaplikasikan di dalam merekabentuk butik ini. Kewujudan rekabentuk baru untuk butik yang dihasilkan nanti diharap dapat memberikan faedah kepada individu, samada tempatan mahupun orang asing.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamed Zaki, Nurrohaizatey
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NA Architecture > Architectural decoration
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Reka bentuk ruang dalaman; Butik; Butik Evisu
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20944
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_NURROHAIZATEY MOHAMED ZAKI AP 09_5.pdf]
Preview
Text
PPd_NURROHAIZATEY MOHAMED ZAKI AP 09_5.pdf

Download (106kB) | Preview

Fulltext

Fulltext is available at:

ID Number

20944

Indexing

|

Statistic

Statistic details