Laporan cadangan rekabentuk dalaman U Mobile Centre Lot B4 - 8 -1, Danga Walk, 80200, Johor Bahru, Johor / Nor Shakinah Shahrom

Shahrom, Nor Shakinah (2009) Laporan cadangan rekabentuk dalaman U Mobile Centre Lot B4 - 8 -1, Danga Walk, 80200, Johor Bahru, Johor / Nor Shakinah Shahrom. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Objektif utama projek ini adalah untuk merekabentuk pusat U Mobile dengan mengaplikasikan konsep inovasi sesuai dengan matlamat korporat U Mobile yang mahu menjadi antara syarikat telekomunikasi bertaraf antarabangsa yang mempunyai nilai kualiti yang terbaik untuk setiap pekhidmatannya. Pada hari ini, sesuai dengan keadaan pasaran yang mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat Malaysia, tidak mustahil apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan. Aspek psikologi ruang juga diaplikasikan untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk menggunakan perkhimatan telekomunikasi U Mobile. Selain itu, pengumpulan data dan maklumat samada secara cetak atau lisan telah dilakukan secara berulang-ulang untuk mendapat maklumat sacara terperinci mengenai U Mobile dan cadangan rekabentuk yang akan diusulkan. Setiap rekabentuk yang dilakukan mengambilkira pelbagai aspek, mengapa ianya direkabentuk sedemikian rupa. Ianya bermula dengan pencarian masalah, isu-isu yang timbul, komen-komen pengguna pegumpulan data-data yang relevan dan sebagainya. Tanpa masalah dan isu, rekabentuk yang berinovatif tidak mungkin akan dilakukan. Dengan adanya inovatif dalam rekabentuk, sesuatu tidak akan mati atau mundur dan inovatif sesuai dengan peredaran zaman yang serba canggih dan berteknologi sekarang ini. Untuk projek akhir ini.melalui kajian yang telah dibuat, terdapat beberapa masalah rekabentuk yang perlu dibaiki.Antara masalah rekabentuk yang ada di pusat U Mobile sekarang ialah aliran trafik, isu teknologi yang kurang dipraktikkan(‘information display' dan 'display system), dan isu psikologi dalam rekabentuk. Rekabentuk yang akan dicadangkan mengambilkira semua masalah yang timbul dan jalan penyelesaian yang sesuai dan terbaik telah diambil untuk dipraktikkan dalam rekabentuk yang dicadangkan. Jalan penyelesain seperti kaedah kaunter perkhimatan yang lebih menarik dan mesra pengguna penting umtuk menarik minat pelanggan serta pelbagai jalan penyelesaian lain yang diambil dan dibincangkan dalam topik berdasarkan rujukan, maklumat-maklumat yang relevan dan kajian yang telah dilakukan.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Shahrom, Nor Shakinah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Rekabentuk dalaman; U Mobile Centre
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20866
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_NOR SHAKINAH SHAHROM AP 09_5.pdf]
Preview
Text
PPd_NOR SHAKINAH SHAHROM AP 09_5.pdf

Download (123kB) | Preview

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

20866

Indexing

Statistic

Statistic details