Cadangan mereka bentuk dan menaik taraf bangunan utama dan chalet Resort Air Panas Ulu Legong, Mukim Siong, Siong, 09100 Baling Kedah Darul Aman / Nadiah Ab Karim

Ab Karim, Nadiah (2009) Cadangan mereka bentuk dan menaik taraf bangunan utama dan chalet Resort Air Panas Ulu Legong, Mukim Siong, Siong, 09100 Baling Kedah Darul Aman / Nadiah Ab Karim. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek akhir ini merupakan cadangan menaiktaraf bangunan utama dan chalet Resort Air Panas Ulu Legong yang terletak di Mukim Siong, Baling, Kedah Darul Aman. Resort ini menarik ramai pengunjung datang kerana keistimewaan air panas yang terdapat di situ.Tujuan utama pengkajian ini dijalankan terhadap projek ini adalah bagi menyediakan sebuah penginapan yang selesa dan memberi kepuasan kepada pengunjung. Di samping itu, ia bertujuan menyelesaikan masalah tentang perancangan ruang yang dianggap kurang sistematik. Selain itu, ianya juga adalah bagi memberi imej baru kepada Resort Air Panas agar lebih dikenali dan dikunjungi ramai pelancong asing pada masa hadapan.Kaedah kajian yang dijalankan terhadap projek ini adalah melalui pemerhatian terhadap resort yang sedia ada iaitu dari segi potensi, kadar pengunjung yang datang, jumlah staf dan aspek-aspek lain yang bekaitan. Kaedah temubual juga juga dijalankan terutamanya dengan pengurus resort ini bagi mendapat maklumat yang diperlukan. Selain itu kaedah soalselidik dan kritikan juga dijalankan bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang keperluan dan matlamat projek.Pemilihan Resort Air Panas sebagai projek akhir adalah kerana didapati resort ini mempunyai beberapa masalah yang harus diselesaikan. Masalah yang didapati adalah dari segi pengolahan ruang dan perangcangan yang kurang sistematik.Oleh yang demikian, dengan terhasilnya laporan lengkap Resort Air Panas Ulu Legong ini, dapatlah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh resort ini.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ab Karim, Nadiah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Rekabentuk; Menaiktaraf; Chalet Resort Air Panas Ulu Legong
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20789
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_NADIAH AB KARIM AP 09_5.pdf]
Preview
Text
PPd_NADIAH AB KARIM AP 09_5.pdf

Download (94kB) | Preview

Fulltext

Fulltext is available at:

ID Number

20789

Indexing

|

Statistic

Statistic details