Mengurangkan kesan voltan neutral ke bumi yang sering merosakkan komputer (Reduces the effects of neutral voltage to the earth that often damage the computer) / Rasdi Deraman … [et al.]

Deraman, Rasdi and Abdul Kadir, Saliza and Daud, Norziah and Daud, Mohd Sarih and Md Deris, Mohd Azli and Abdul Hamid, Abdul Mohd Hafiz (2017) Mengurangkan kesan voltan neutral ke bumi yang sering merosakkan komputer (Reduces the effects of neutral voltage to the earth that often damage the computer) / Rasdi Deraman … [et al.]. Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM), 1 (1). pp. 80-96. ISSN 2600-7606

Abstract

UiTM Cawangan Pulau Pinang mensasarkan seorang pelajar satu komputer ketika menjalani sesi amali di makmal komputer. Namun, dengan pertambahan pelajar yang semakin meningkat berbanding bilangan komputer yang terhad menyebabkan penggunaan komputer semakin kerap. Tenaga elektrik yang dijana oleh TNB sememangnya sudah mempunyai kesan elektrik harmonik. Oleh itu, dengan bertambahnya kekerapan penggunaan komputer ekoran daripada penambahan bilangan pelajar telah menyebabkan kekerapan kerosakan komputer di makmal terus meningkat. Dalam mendepani masalah tersebut, beberapa siri perjumpaan dan sesi fikir lintas di kalangan ahli-ahli KIK Sinar Mutiara telah diadakan bagi merangka pelbagai cadangan penyelesaian untuk dikemukakan kepada pihak pengurusan UiTM Cawangan Pulau Pinang. Cadangan penyelesaian paling efektif untuk mengatasi masalah gangguan bekalan elektrik ini ialah dengan memasang Isolator Transformer sebagai peranti tambahan. Hasilnya sungguh menakjubkan, di mana kerosakan tersebut telah dapat dihapuskan. Justeru, pihak pengurusan UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mewartakan penggunaan Isolator Transformer sebagai prosidur baru untuk diaplikasikan terhadap semua makmal komputer serta peralatan mesin faks dan server. Kelestarian penggunaan isolator transformer menyelesaikan masalah kerosakan komputer berkelompok di makmal telah tersebar luas ke kampus berhampiran seperti UiTM Cawangan Kedah dan Cawangan Perak. Justeru, Bahagian Pengurusan Fasiliti kedua-dua kampus berkenaan telah menjemput Tenaga Pakar dari UiTM Cawangan Pulau Pinang bagi membantu mereka mengatasi masalah yang serupa.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Deraman, Rasdi
UNSPECIFIED
Abdul Kadir, Saliza
UNSPECIFIED
Daud, Norziah
UNSPECIFIED
Daud, Mohd Sarih
UNSPECIFIED
Md Deris, Mohd Azli
UNSPECIFIED
Abdul Hamid, Abdul Mohd Hafiz
UNSPECIFIED
Subjects: Q Science > QC Physics > Atomic physics. Constitution and properties of matter
Q Science > QC Physics > Electricity and magnetism
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA)
Journal or Publication Title: Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)
ISSN: 2600-7606
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 80-96
Keywords: Kesan voltan neutral; Voltage
Date: 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20743
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of AJ_RASDI DERAMAN JURIM 17.pdf]
Preview
Text
AJ_RASDI DERAMAN JURIM 17.pdf

Download (32MB) | Preview

ID Number

20743

Indexing

Statistic

Statistic details