Laporan cadangan reka bentuk dalaman Pejabat Majlis AIDS Malaysia di No.3, Greentown Business Park, 30450 Ipoh / Muhammad Helmie Nasron Halim

Halim, Muhammad Helmie Nasron (2009) Laporan cadangan reka bentuk dalaman Pejabat Majlis AIDS Malaysia di No.3, Greentown Business Park, 30450 Ipoh / Muhammad Helmie Nasron Halim. [Student Project] (Unpublished)

Download

[thumbnail of PPd_MUHAMMAD HELMIE NASRON HALIM AP 09_5.pdf]
Preview
Text
PPd_MUHAMMAD HELMIE NASRON HALIM AP 09_5.pdf

Download (103kB) | Preview

Abstract

Projek ini adalah cadangan reka bentuk ruang pejabat untuk Majlis AIDS Malaysia dengan mengaplikasikan konsep yang sesuai dengan misi dan visi syarikat korporat Majlis AIDS Malaysia yang menjadi pertubuhan bukan kerajaan yang mempunyai nilai kualiti yang terbaik untuk setiap servis yang dilakukan oleh Majlis AIDS Malaysia. Aspek psikologi ruang juga diaplikasikan bagi memberikan keselesaan kepada para pekerjanya dan juga pelanggan yang datang berurusan di sini. Justeru itu, pengumpulan data dan maklumat samada secara cetak atau lisan telah dilakukan secara berulang-ulang untuk mendapat maklumat sacara terperinci mengenai Majlis AIDS Malaysia dan cadangan reka bentuk yang bersesuaian dengan imej syarikat itu sendiri. Setiap reka bentuk yang dilakukan mengambil kira pelbagai aspek, mengapa ianya direka bentuk sedemikian rupa. lanya bermula dengan pencarian masalah, isu-isu yang timbul, komen-komen pekerja, pengumpulan data-data yang relevan dan sebagainya. Tanpa masalah dan isu, reka bentuk yang berjaya tidak mungkin akan dilakukan. Untuk projek akhir ini, kajian yang telah dibuat, terdapat beberapa masalah reka bentuk yang perlu dibaiki. Sebuah ruang pejabat yang baik dan selesa ialah sebuah ruang yang menggunakan kemasan yang bersesuaian contohnya kawasan yang menjadi laluan kepada troli mengangkut barang akan menggunakan kemasan vinil kerana vinil tahan lasak dan tahan lama, la juga mudah dibersihkan dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Manakala ruang berkerja penataan ‘laminated timber’ lebih sesuai kerana ia lebih cantik dan sesuai untuk aktiviti yang kurang lasak. Bagi bilik ketua operasi pula, kemasan karpet digunakan kerana ia nampak lebih eksklusif dan bersesuaian dengan imej ruang itu sendiri sebagai ruang untuk menempatkan orang yang berjawatan. Reka bentuk yang berjaya ialah reka bentuk yang menyelesaikan permasalahan yang berlaku didalam sesebuah ruang pejabat itu kerana ia mengambil kira keselesaan pengguna ruang tersebut. Selain itu, ia juga mampu menarik para pelanggan untuk datang ke pejabat ini kerana reka bentuk yang berjaya mempunyai unsur-unsur menarik perhatian yang akan menaikkan lagi imej Majlis AIDS Malaysia itu sendiri.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email
Halim, Muhammad Helmie Nasron
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 20723
Uncontrolled Keywords: Rekabentuk dalaman
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20723

Fulltext

Fulltext is available at:
  • UNSPECIFIED
  • ID Number

    20723

    Indexing


    View in Google Scholar

    Edit Item
    Edit Item