Filem seram tempatan: menelusuri perubahan kepercayaan masyarakat Melayu / Hani Salwah Yaakup, Wan Amizah Wan Mahmud and Mohd Shahizan Ali.

Yaakup, Hani Salwah and Wan Mahmud, Wan Amizah and Ali, Mohd Shahizan (2016) Filem seram tempatan: menelusuri perubahan kepercayaan masyarakat Melayu / Hani Salwah Yaakup, Wan Amizah Wan Mahmud and Mohd Shahizan Ali. Forum Komunikasi, 11 (2): 4. pp. 65-86. ISSN 0127-8991
Abstract

Kepercayaan mistik masyarakat Melayu secara umumnya terdiri daripada tiga aspek kepercayaan iaitu tradisi, pegangan agama dan popular. Namun begitu, aspek lain seperti perubahan dalam sains dan teknologi, sistem sosial, ekonomi dan politik turut mempengaruhi kepercayaan mistik masyarakat Melayu. Hal ini jelas dilihat menerusi representasi kebudayaan dan agama dalam filem bergenre seram tempatan yang semakin hilang cerminan akar Melayunya. Ironinya, menerusi filem-filem bergenre seram dari Asia Timur, kebudayaan dan agama dijadikan tunjang menghidupkan simbol dalam merepresentasikan halhal seram yang ingin ditonjolkan kepada penonton. Makalah ini membicarakan bagaimana berlakunya transformasi kepercayaan mistik masyarakat Melayu yang menghasilkan sebuah kepercayaan seram semasa. Perbincangan bertumpu kepada tiga fasa kitaran filem Melayu bergenre seram iaitu fasa pertama (1957-1967), fasa kedua (1980-1990) dan fasa ketiga (2001-2011).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 20528.pdf]
Text
20528.pdf
Download (329kB)
Indexing & Metrics