Kartun bertemakan dakwah islamiyah atas talian: Interpretasi dakwah sarkastik dan satira / Fazlina Mohd Radzi and Azahar Harun

Harun, Azahar (2017) Kartun bertemakan dakwah islamiyah atas talian: Interpretasi dakwah sarkastik dan satira / Fazlina Mohd Radzi and Azahar Harun. In: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017), 14-15 November 2017, Avillion Hotel Melaka.
Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji akan kesan penyampaian kartun indie yang menggunakan pendekatan dan pengisian berbentuk dakwah Islam dan cara khususnya . Disamping itu, pengkaji turut akan menyusuri permulaan dan perkembangan kartun di Malaysia secara ringkas dari awal zaman sebelum kemerdekaan, kemudian zaman kegemilangan kartun melayu pada tahun 80an dan 90an. Selain itu, kemunculan para kartunis indie yang secara separa masa hadir memenuhi ruangan kartun Malaysia dengan memuat naik melalui halaman ‘facebook‘ , instagram dan juga melalui laman blogspot pribadi di atas talian internet. Pendekatan kajian dan penulisan adalah berdasarkan apresiasi bentuk dan makna karya dan konteks penghasilannya. Metodologi sejarah seni berasaskan analisis mengikut konteks (contextual analysis) dijadikan asas di dalam pengkajian ini. Merangkumi aspek deskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan digunakan sebagai panduan dalam penelitian karya. Bolehlah disimpulkan karya kartun dakwah Islamiyah di atas talian kini menjadi lebih baik penerimaannya dan kekal dengan elemen sindiran satiranya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PRO_FAZLINA MOHD RADZI M 17.pdf]
Text
PRO_FAZLINA MOHD RADZI M 17.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics