Perspektif kitab Quran terhadap bidang pengurusan rekod / Ahmad Azman Mohamad Ramli … [et al.]

Mohamad Ramli, Ahmad Azman and Ab Rahman, Azmi and Baharuddin, Kasmarini and Mohd Nasfi, Mohd Naim and Ibrahim, Mohd Ridzuan and Abd Rahman, Abd Rashid (2017) Perspektif kitab Quran terhadap bidang pengurusan rekod / Ahmad Azman Mohamad Ramli … [et al.]. In: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017), 14-15 November 2017, Avillion Hotel Melaka.
Abstract

Tujuan kertas ini disediakan ialah untuk membincangkan persoalan perspektif atau ulasan kitab Quran terhadap bidang pengurusan rekod. Bagi membincangkan persoalan tersebut, penulis telah menganalisa kandungan dalam bahan-bahan bertulis seperti tafsiran kitab Quran dan lain-lain bahan rujukan. Penganalisaan ialah dengan mengguna kaedah pencarian kata kunci. Berdasarkan penganalisaan, didapati perspektif kitab Quran terhadap bidang pengurusan rekod boleh dibahagikan kepada empat aspek iaitu aspek kegunaan rekod kepada kehidupan manusia, aspek larangan semasa menggunakan rekod, aspek peralatan untuk menulis rekod, aspek media rekod dan aspek bentuk atau format rekod. Bagaimanapun, maklumat yang terkandung di dalam kitab ini sangat luas. Sehubungan dengan itu, kertas ini diharap dapat dijadikan satu dorongan kepada para pengkaji lain menjalankan kajian tentang topik ini dengan lebih mendalam lagi pada masa hadapan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PRO_AHMAD AZMAN MOHAMAD RAMLI M 17.pdf]
Text
PRO_AHMAD AZMAN MOHAMAD RAMLI M 17.pdf
Download (0B)
Indexing & Metrics