Budaya visual ‘Seni Kolam’ dalam sistem sosial Masyarakat India / Santhi Letchumanan, Lee Hoi Yeh dan Abdul Halim Hussain

Letchumanan, Santhi and Lee, Hoi Yeh and Hussain, Abdul Halim (2016) Budaya visual ‘Seni Kolam’ dalam sistem sosial Masyarakat India / Santhi Letchumanan, Lee Hoi Yeh dan Abdul Halim Hussain. In: Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016, 27 & 28 December 2016, Universiti Teknologi MARA, Melaka.
Abstract

Kertas kerja ini akan membentangkan hasil kajian yang dijalankan untuk meneliti secara khusus tentang budaya visual seni melukis ‘Kolam’ secara proses sosialisasi di kalangan masyarakat India. Seni ‘Kolam’ boleh didefinisikan sebagai kerja seni yang melibatkan kemahiran tangan yang memerlukan daya cipta dan diwarisi melalui pendidikan tidak formal oleh masyarakat India. Seni melukis ‘Kolam’ diilhamkan daripada motif flora, fauna dan motif geometri. Fokus kertas kerja adalah berkaitan proses penurunan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam melukis ‘Kolam’. Kajian ini juga menfokuskan tentang penyampaian ilmu kemahiran melukis ‘Kolam’ yang berlaku dalam konteks pendidikan tidak formal berasaskan keluarga dan komuniti setempat. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif kajian kes. Teknik pengumpulan data melalui pemerhatian, temu bual, rakaman visual dan kajian dokumen. Data-data akan yang diperolehi dianalisis secara berterusan semasa di lapangan menggunakan model interaktif Miles dan Huberman. Manakala kajian ini akan menggunakan pendekatan interdisiplin dengan konsep-konsep dalam teori kebudayaan sebagai teori utama dan teori apresiasi seni. Melukis ‘Kolam’ lebih dikaitkan dengan aspek keceriaan, keritualan dan memiliki falsafahnya tersendiri serta mengekalkan identiti masyarakat India di Malaysia melalui proses pendidikan tidak formal yang berlaku dalam sistem sosial masyarakat India.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PRO_SANTHI LETCHUMANAN M 16.pdf]
Preview
Text
PRO_SANTHI LETCHUMANAN M 16.pdf
Download (2MB) | Preview
Indexing & Metrics