Mekah pusat dunia: Hubungan dengan Brunei / Muhammad Hadi Muhammad Melayong

Muhammad Melayong, Muhammad Hadi (2017) Mekah pusat dunia: Hubungan dengan Brunei / Muhammad Hadi Muhammad Melayong. In: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017), 14-15 November 2017, Avillion Hotel Melaka.
Abstract

Mekah Pusat Dunia bermaksud bahawa setiap umat Islam di dunia ini akan berkiblatkan Kaabah di Kota Mekah di mana pun ianya berada setiap waktu dan masa bahkan sekiranya ia berkemampuan maka adalah menjadi kewajipannya untuk menziarahi kota suci Mekah al-Mukarammah serta kota Nabi Muhammad SAW di Madīnah al-Munawwarah. Nukilan ini cuba memaparkan sejarah hubungan Alam Melayu khususnya Brunei dengan Mekah sebagai pusat dunia. Bagi umat Islam di Negara Brunei Darussalam hubungan ini telah lama terjalin berlandaskan agama dimana setiap umat Islam yang berkemampuan berkewajipan mengerjakan ibadah haji dan umrah sekurang-kurang sekali seumur hidup. Ibadat haji dan umrah adalah menjadi rukun Islam yang kelima, wajib dikerjakan oleh umat Islam yang memiliki berkemampuan dari segi perbelanjaan dan kesihatan untuk sampai ke Baitullah di tanah suci Mekah serta aman perjalanan, sekali dalam seumur hidup. Perintah wajib menunaikan haji telah termaktub di dalam Al-Quran dan Hadis sebagaimana dalil ayat Al-Quran mengenai ibadah haji yang bermaksud: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepada-Nya (Ali ‘Imran, 97).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PRO_MUHAMMAD HADI MUHAMMAD MELAYONG M 17.pdf]
Text
PRO_MUHAMMAD HADI MUHAMMAD MELAYONG M 17.pdf
Download (950kB)
Indexing & Metrics