Pengukuran disleksia Al-Quran dalam kalangan murid sekolah rendah / Amiyamin Haji Mohamad Yusop

Mohamad Yusop, Amiyamin (2017) Pengukuran disleksia Al-Quran dalam kalangan murid sekolah rendah / Amiyamin Haji Mohamad Yusop. In: The Doctoral Research Abstracts. IGS Biannual Publication, 12 (12). Institute of Graduate Studies, UiTM, Shah Alam.
Abstract

Kesedaran dan minat terhadap masalah membaca adalah konsisten sehingga menghasilkan banyak kajian dan inovasi dalam pendidikan. Begitulah juga halnya dengan kajian berkenaan masalah membaca al- Quran di Malaysia. Kajian-kajian lalu berkenaan masalah membaca al- Quran membuktikan bahawa golongan yang lemah dalam pembacaan ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor latar belakang keluarga, tahap ekonomi, faktor pendidikan ibu bapa, bahan bantu mengajar, minat dan lain-lain. Kajian-kajian lalu juga menunjukkan bahawa faktor disleksia tidak dibincangkan sebagai punca murid lemah dalam menguasai kemahiran membaca al-Quran di Malaysia. Kajian berkenaan masalah disleksia harus dilaksanakan kerana disleksia merupakan antara punca mengapa murid gagal dalam menguasai kemahiran membaca sedangkan mereka telah mengalami proses pembelajaran yang secukupnya sama seperti rakan sebaya mereka yang lain (Lee, 2004). Oleh itu, adalah menjadi keutamaan untuk membina alat ukur bagi mengenal pasti disleksia dalam membaca al-Quran.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of ABS_AMIYAMIN MOHAMAD YUSOP TDRA VOL 12 IGS 17.pdf]
Preview
Text
ABS_AMIYAMIN MOHAMAD YUSOP TDRA VOL 12 IGS 17.pdf
Download (745kB) | Preview
Indexing & Metrics