Peranan teknologi komunikasi dan sumbangannya ke arah perkembangan komunikasi dalam organisasi yang berkesan / Ahlam Abdul Aziz

Abdul Aziz, Ahlam (2016) Peranan teknologi komunikasi dan sumbangannya ke arah perkembangan komunikasi dalam organisasi yang berkesan / Ahlam Abdul Aziz. Forum Komunikasi, 11 (2): 3. pp. 51-64. ISSN 0127-8991
Abstract

Perkembangan teknologi komunikasi dalam organisasi telah memberi pelbagai kesan terhadap organisasi. Sehingga kini, penggunaan teknologi komunikasi dalam organisasi bukan lagi sekadar memudahkan interaksi antara sesama kakitangan dalam organisasi, malahan telah diperkemaskan sebagai perantara dalam menyampaikan maklumat di samping membantu melancarkan lagi tugasan dalam organisasi. Dengan mengambil kira perkembangan teknologi komunikasi dalam negara kini, artikel ini menghuraikan penggunaan dan peranan teknologi komunikasi yang telah menyumbang kepada proses komunikasi yang berkesan dalam organisasi. Kajian mendapati bahawa sesebuah organisasi yang cekap menggunakan teknologi komunikasi lebih cepat mencapai objektif dan mampu memberi daya saing kepada organisasi lain. Teknologi komunikasi penting dalam memastikan keberkesanan komunikasi dalam sesebuah organisasi. Hal ini bagaimanapun perlu seiring dengan keupayaan organisasi melahirkan kakitangan yang cekap demi mencapai matlamatnya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 19124.pdf]
Text
19124.pdf
Download (229kB)
Indexing & Metrics