I Want To Touch a Dog: Islam, penyesuaian tradisi dan pembentukan imej Melayu moden / Md Azalanshah Md Syed

Md Syed, Md Azalanshah (2016) I Want To Touch a Dog: Islam, penyesuaian tradisi dan pembentukan imej Melayu moden / Md Azalanshah Md Syed. Forum Komunikasi, 11 (2): 2. pp. 23-50. ISSN 0127-8991

Abstract

Kajian kualitatif ini memfokuskan kepada penyertaan generasi muda Melayu dalam perdebatan popular mengenai kempen I Want to Touch a Dog menerusi media sosial. Tidak dapat dinafikan bahawa salah satu ciri penting dalam proses pemodenan negara ialah penyertaan khalayak awam terhadap perbincangan isu-isu sosial bagi pembinaan masyarakat yang lebih demokratik. Berdasarkan kempen tersebut, kajian ini berhujah bahawa generasi muda Melayu hari ini mempunyai tafsiran yang rencam khasnya mengenai identiti dan imej peribadi. Mereka cenderung untuk menyesuai dan mentafsir semula struktur ideologi masyarakat Melayu khususnya Islam dengan tahap narsisisme yang tertentu. Pada masa yang sama, Islam turut menjadi objek imaginasi visual dalam membentuk tanggapan terhadap persekitaran sosial semasa. Penyertaan generasi muda Melayu dalam perdebatan yang rencam mengenai Islam, identiti dan perkaitannya menerusi kempen I Want to Touch a Dog telah meletakkan mereka sebagai khalayak sebar dalam teori kajian khalayak yang menyaksikan ketepuan penggunaan internet dalam konteks kehidupan seharian. Keadaan ini dipamerkan menerusi aspirasi terhadap imej-imej moden dan penyesuaian tradisi dalam membentuk imej Melayu semasa.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Syed, Md Azalanshah
azalan@um.edu.my
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Journalism. The periodical press, etc. Press
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Communication and Media Studies
Journal or Publication Title: Forum Komunikasi
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Forum Komunikasi (FK)
ISSN: 0127-8991
Volume: 11
Number: 2
Page Range: pp. 23-50
Keywords: Media Sosial, Identiti, Narsisisme, Melayu, Kajian Khalayak
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/18717
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 18717.pdf] Text
18717.pdf

Download (336kB)

ID Number

18717

Indexing

Statistic

Statistic details