Bahasa juri dalam program Mentor Legend: satu analisis ragam bahasa Za’ba / Mohd Hazreen Shah Hassan dan Mohd Roslan Rosnon

Mohd Hazreen Shah Hassan and Mohd Roslan Ros (2016) Bahasa juri dalam program Mentor Legend: satu analisis ragam bahasa Za’ba / Mohd Hazreen Shah Hassan dan Mohd Roslan Rosnon. ESTEEM Academic Journal : Social Sciences & Technology, 12 (2). pp. 1-14. ISSN 1675-7939

Abstract

Rancangan realiti TV pada hari ini telah memperkenalkan format penjurian untuk menilai para pesertanya. Oleh hal yang demikian, kajian ini dijalankan bagi meneliti dan menilai penggunaan ragam bahasa oleh juri ketika mereka mengemukakan pandangan atau kritikan. Oleh itu, kajian ini telah memfokuskan kepada rancangan realiti TV Mentor Legend 2014-2015. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan sumber data melalui kaedah pemerhatian tidak turut serta dan kaedah rakaman audio-visual yang telah ditranskripsi ke dalam bentuk teks perbualan. Analisis kandungan teks telah digunakan dalam menganalisis data yang diperolehi berpandukan kepada kerangka konsep ragam bahasa Za’ba bagi membincangkan penggunaan ragam bahasa oleh juri Mentor Legend. Hasil kajian mendapati bahawa dua belas jenis ragam bahasa yang dijumpai dalam penyataan juri ketika memberi pandangan atau kritikan. Namun dalam makalah ini hanya membincangkan enam jenis ragam bahasa yang dominan berdasarkan kepada analisis yang telah dibuat. Enam jenis ragam bahasa iaitu ragam 1)bahasa melampau, 2)bahasa naik, 3)bahasa menggiat, 4)bahasa berulang, 5)bahasa sindiran dan 6)bahasa bertimbal. Secara kesimpulannya, juri dalam rancangan Mentor Legend telah menggunakan pelbagai ragam bahasa ketika mengemukakan pandangan atau kritikannya yang mempunyai fungsinya tersendiri, sama ada ingin memuji, menasihati, memberi teguran, dan juga memberi saranan. Justeru, setiap individu perlu mengetahui akan variasi dan ragam bahasa yang perlu digunakan apabila menyampaikan sesuatu ujaran. Hal ini demikian kerana pemilihan variasi dan ragam bahasa yang tepat dapat membantu pendengar untuk memahami mesej yang ingin disampaikan oleh penutur.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Hazreen Shah Hassan
UNSPECIFIED
Mohd Roslan Ros
UNSPECIFIED
Journal or Publication Title: ESTEEM Academic Journal : Social Sciences & Technology
ISSN: 1675-7939
Volume: 12
Number: 2
Page Range: pp. 1-14
Keywords: Bahasa juri; Program Mentor Legend; Ragam bahasa Za’ba
Date: December 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/17007
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of AJ_MOHD HAZREEN SHAH HASSAN ESTEEM 16.pdf] Text
AJ_MOHD HAZREEN SHAH HASSAN ESTEEM 16.pdf

Download (597kB)

ID Number

17007

Indexing

Statistic

Statistic details