Cakera padat filem cetak rompak: kajian terhadap demografi yang mempengaruhi permintaan / Farah Hafizah Azman

Azman, Farah Hafizah (2016) Cakera padat filem cetak rompak: kajian terhadap demografi yang mempengaruhi permintaan / Farah Hafizah Azman. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Lembah Klang merupakan salah satu kawasan yang kerap berhadapan dengan masalah penyelewengan filem cetak rompak. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor–faktor demografi yang mampu mempengaruhi permintaan pembeli cakera padat cetak rompak. Metodologi yang digunakan untuk mengumpul dapatan kajian merupakan kaedah kajian campuran kuantitatif dan kualitatif. Borang soal selidik atas talian diisi oleh 105 orang responden lelaki dan perempuan secara rawak, kaedah temubual diadakan bersama dengan key informant bagi mengesahkan segala data yang terkumpul, kajian lapangan dan pemerhatian dijalankan untuk menyaksikan dan membuktikan sendiri kekerapan aktiviti haram menjual dan membeli cakera padat cetak rompak, serta kaedah pencarian maklumat lepas dan terbaru menerusi laman sesawang juga pembacaan di perpustakaan. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawasanya selain dari faktor harga, faktor demografi sememangnya mampu mempengaruhi keputusan pembelian.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PPb_FARAH HAFIZAH AZMAN FF 16_5.pdf]
Text
PPb_FARAH HAFIZAH AZMAN FF 16_5.pdf
Download (178kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics