Satira sebagai penyampaian moral: kajian terhadap watak utama di dalam filem Mamat Khalid / Nurul Nadiah Fauzi

Fauzi, Nurul Nadiah (2016) Satira sebagai penyampaian moral: kajian terhadap watak utama di dalam filem Mamat Khalid / Nurul Nadiah Fauzi. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Kajian terhadap filem arahan Mamat Khalid iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) ialah untuk melihat jenis-jenis dan elemen-elemen satira terhadap watak dan lakonan yang dipertontonkan di dalam filem ini. Selain itu, penulis ingin melihat kritikan-kritikan dan pengajaran yang digunakan oleh pengarah terhadap watak-watak terpilih dan penulis hanya menyentuh tentang watak dan lakonan pelakon-pelakon di dalam filem ini untuk menyampaikan satira kepada penonton dengan menggunakan teknik-teknik yang betul. Pada masa yang sama, penulis juga menggunakan kaedah kualitatif yang diperoleh daripada kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis teks. Keseluruhannya, kajian ini akan memberikan jawapan bahawa satira itu mempunyai tujuannya serta boleh disampaikan dalam hiburan, dan watak serta lakonan yang berjaya akan memberikan pemahaman kepada penonton mengenai satira dalam penyampaian yang santai.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PPb_NURUL NADIAH FAUZI FF 16_5.pdf]
Text
PPb_NURUL NADIAH FAUZI FF 16_5.pdf
Download (165kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics