Projek animasi pendek 2D B.C. : rupa bentuk dan warna melalui abstrak ekspresionisme sebagai set animasi / Raja Muhammad Afiq Raja Mohd Yusof

Raja Mohd Yusof, Raja Muhammad Afiq (2016) Projek animasi pendek 2D B.C. : rupa bentuk dan warna melalui abstrak ekspresionisme sebagai set animasi / Raja Muhammad Afiq Raja Mohd Yusof. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini membincangkan pengaplikasian rupa bentuk dan warna bagi menyampaikan mood melalui platform Abstrak Ekspresionisme sebagai set di dalam babak animasi. Tujuan kajian ini dilakukan adalah bagi melihat akan keberkesanan penggunaan corak abstrak yang memfokuskan rupa bentuk dan warna sebagai salah satu alternatif untuk menyokong mood di dalam babak animasi. Selain itu, kajian ini bersifat kualitatif dan akan melibatkan sesi temubual beberapa pihak yang terlibat di dalam bidang berkaitan. Tambahan lagi, terdapat beberapa kajian mengenai rupa bentuk dan warna telah dilakukan dan dibincangkan sebelum ini. Justeru, kajian ini akan menggunakan platform Abstrak Ekspresionisme sebagai medium penyampaian. Namun begitu, kajian ini masih boleh diperlebarkan dan dibincangkan dengan lebih mendalam agar ianya dapat membuahkan hasil dapatan baru yang mampu memberi sumber baru di dalam skop penggunaan set animasi dan sekaligus dapat menghasilkan penggunaan set yang lebih baik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PPb_RAJA MUHAMMAD AFIQ RAJA MOHD YUSOF FF 16_5.pdf]
Text
PPb_RAJA MUHAMMAD AFIQ RAJA MOHD YUSOF FF 16_5.pdf
Download (238kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics