Analisis perbandingan bentuk kata kerja bahasa Melayu dan bahasa Inggeris : Kajian berdasarkan buku kumpulan cerpen ‘BIDADARI BURUNG’ dan buku terjemahannya ‘THE BIRD NYMPH’ / Nuaimah Ahmad Zaiki @ Ahmad Zaki

Ahmad Zaiki @ Ahmad Zaki, Nuaimah (2016) Analisis perbandingan bentuk kata kerja bahasa Melayu dan bahasa Inggeris : Kajian berdasarkan buku kumpulan cerpen ‘BIDADARI BURUNG’ dan buku terjemahannya ‘THE BIRD NYMPH’ / Nuaimah Ahmad Zaiki @ Ahmad Zaki. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini adalah untuk meneliti perbandingan bentuk kata kerja bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti bentuk kata kerja yang terdapat dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta melihat persamaan dan perbezaan bentuk kata kerja dalam kedua bahasa tersebut.Data diperoleh daripada bentuk bentuk kata kerja yang terdapat dalam buku Bidadari Burung dan terjemahannya The Bird Nymph.Penganalisisan data dibuat berdasarkan pendekatan analisis kontrastif.Bentuk-bentuk kata kerja dilihat berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga oleh Nik Safiah et.al, (2011) dan Understanding and Using English Grammar Third Edition oleh Betty Schrampfer Azar (2006).Berdasarkan analisis yang dibuat, terdapat empat bentuk kata kerja bahasa Melayu dan begitu juga dalam bahasa Inggeris yang mengandungi empat bentuk kata kerja.Kajian mendapati terdapat perbezaan kerana bentuk kata kerja ganda dan kata kerja majmuk tidak terdapat dalam bahasa Inggeris.Sehubungan dengan itu, perbezaan bentuk kata kerja merupakan kebiasaan dalam kaedah analisis kontrastif kerana wujud perbezaan budaya dalam bahasa antara bahasa sumber dan bahasa sasaran.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PPb_NUAIMAH AHMAD ZAIKI@AHMAD ZAKI APB 16_5.pdf]
Text
PPb_NUAIMAH AHMAD ZAIKI@AHMAD ZAKI APB 16_5.pdf
Download (0B)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics