Aspek kebudayaan dan perpaduan kaum relevannya dengan IPTA: suatu analisis / A. Aziz Deraman

Deraman, A. Aziz (2000) Aspek kebudayaan dan perpaduan kaum relevannya dengan IPTA: suatu analisis / A. Aziz Deraman. Jurnal FAKULTAS: Jurnal Kolej Cempaka Kenanga (1). pp. 2-24. ISSN 1511-7472
Abstract

Sempena Persidangan PATA 1986 yang diadakan di Kuala Lumpur, sekumpulan kanak-kanak dalam lingkungan usia 12 tahun ke bawah menjayakan sebuah persembahan drama tari. Mereka yang terdiri daripada kanak-kanak pelbagai kaum dengan wajah riang ria, bergembira, menyanyi bersama-sama, berlakon, bergaul mesra tanpa dibatasi oleh perbezaan keturunan masing-masing, berjaya memikat setiap tetamu dari dalam dan luar negeri. Penonton terpegun. Masing-masing menghayatinya dan jiwa penuh merasa. Suatu program budaya dapat dijayakan bersama. Suatu ketika yang lain, di sebuah pasar raya, banyak kanak-kanak mengambil bahagian dalam pertandingan melukis. Mereka bercampur, menuturkan bahasa yang sama, membandingkan karya dan melukis tentang alam dan persekitaran negara sendiri, Malaysia. Kalaulah demikian anak-anak mereka yang cukup besar adalah mahu memperagakan seindah mungkin persembahan yang beridentiti Malaysia dan sekukuh mungkin menggambarkan kesatuan sikap dan jiwa perpaduan bangsa.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of AJ_A. AZIZ DERAMAN FJKCK 00.pdf]
Text
AJ_A. AZIZ DERAMAN FJKCK 00.pdf
Download (43MB)
Indexing & Metrics