Adaptasi filem ke teater: kajian ke atas perbandingan plot dan gaya lakonan dalam filem Puteri Gunung Ledang dan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang / Nor Izwani Tahir

Tahir, Nor Izwani (2007) Adaptasi filem ke teater: kajian ke atas perbandingan plot dan gaya lakonan dalam filem Puteri Gunung Ledang dan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang / Nor Izwani Tahir. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Kajian ilmiah ini bertujuan untuk mengkaji dari sudut adaptasi dari filem ke teater atas kajian aspek plot dan gaya lakonan dalam filem Puteri Gunung Ledang dan teater muzikal Puteri Gunung Ledang. Kajian ini dilakukan bagi mendekati dan melihat perbandingan plot dan gaya lakonan dalam filem dan teater tersebut. Perbandingan yang dilihat melalui plot dan gaya lakonan banyak menyentuh aspek seperti percintaan, kesetiaan, dendam, pengorbanan dan pertempuran namun di dalam teater hanya tertumpu kisah percintaan yang terhalang diketengahkan diantara Hang Tuah, Gusti Putri Retno Dumillah dan Sultan Mahmud. Kajian mengenai perbezaan gaya lakonan dalam filem dan teater pula dilihat dari segi pelaksanaannya. Penghasilan kajian ini adalah memfokuskan perbandingan kepada gaya lakonan Adlin Aman Ramlie sebagai Sultan Mahmud dalam filem Puteri Gunung Ledang dan teater muzikal Puteri Gunung Ledang. Kajian ini juga turut mengaplikasikan konsep dan teori pendekatan adaptasi melalui perbandingan plot dari filem Puteri Gunung Ledang ke teater muzikal Puteri Gunung Ledang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PPb_NOR IZWANI TAHIR  07_5.PDF]
Text
PPb_NOR IZWANI TAHIR 07_5.PDF
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics