Penggunaan strategi pemasaran 7p dalam produk seramik negara / Noralia Sulaiman

Sulaiman, Noralia (2015) Penggunaan strategi pemasaran 7p dalam produk seramik negara / Noralia Sulaiman. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk memasarkan produk kraftangan di seluruh Malaysia. Kajian ini lebih memfokuskan kepada penggunaan strategi campuran pemasaran. Industri seramik di Malaysia telah mengalami persaingan yang hebat dengan luar negara. Maka, segelintir masyarakat di Malaysia lebih memilih untuk membeli produk kraf dari luar negara berbanding di Malaysia. Oleh itu, satu kajian berbentuk kualitatif telah diadakan. Seramai lima orang yang terlibat dalam kajian ini untuk mengumpulkan data. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti permasalahan atau halangan dalam menguruskan pemasaran produk industri seramik kepada negara. Dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan konsep 7P dalam strategi pemasaran produk seramik boleh meningkatkan tahap penjualan produk seramik pada setiap tahun. Penulis menyarankan agar pihak kerajaan dan pihak yang terlibat supaya saling bekerjasama untuk meningkatkan hasil penjualan produk seramik pada masa akan datang. Konsep 7P merupakan konsep yang dapat membantu dalam strategi pemasaran produk seramik negara.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PPb_NORALIA SULAIMAN FF 15_5.pdf]
Text
PPb_NORALIA SULAIMAN FF 15_5.pdf
Download (105kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics