Blue ocean strategy (BOS): kajian terhadap syarikat produksi filem di Malaysia / Mohamad Basrie Mohamad

Mohamad, Mohamad Basrie (2015) Blue ocean strategy (BOS): kajian terhadap syarikat produksi filem di Malaysia / Mohamad Basrie Mohamad. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pendekatan Strategi Lautan Biru dalam membangunkan syarikat produksi filem di Malaysia. Kebanyakkan syarikat telah terikat dengan Strategi Lautan Merah serta mengaplikasikanya dalam syarikat mereka. Dalam Strategi Lautan Merah, mereka bersaing untuk menjadi pemimpin pasaran. Walau bagaimanapun, syarikat tersebut menghadapi cabaran utama dimana mereka tidak mempunyai ketidakupayaan dalam mewujudkan permintaan baru atau mengembangkan bahagian pasaran mereka. Strategi Lautan Biru menawarkan pengguna satu rangka kerja bagi mewujudkan ruang pasaran tanpa bertanding dan menukar tumpuan persaingan semasa kepada penciptaan nilai inovatif dan permintaan. Nilai inovasi mencipta satu anjakan yang kuat kepada kedua-dua syarikat serta pelanggan dalam menjadikan pesaingan yang sedia ada mampu mewujudkan serta menguasai pasaran baru & permintaan. Strategi lautan biru menyediakan pendekatan yang sistematik untuk membuat persaingan tidak relevan. Kajian kes ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan protokol pemerhatian, temu bual serta penelitian dokumen. Terdapat enam prinsip Lautan Biru iaitu prinsip membina semula sempadan sasaran, memberi tumpuan secara menyeluruh, melangkaui permintaan sedia ada, mendapatkan strategi yang tepat, mengatasi rintangan organisasi dan membina perancangan dalam strategi. Empat Strategi Lautan Biru pula adalah strategi mengurang, menghapus, mewujud dan menambah. Dapatan kajian mendapati syarikat produksi filem telah menggunakan orientasi kepimpinan, Lautan Biru, proses penciptaan pengetahuan dan nilai inovasi dalam syarikat produksi mereka.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PPb_MOHAMAD BASRIE MOHAMAD FF 15_5.pdf]
Text
PPb_MOHAMAD BASRIE MOHAMAD FF 15_5.pdf
Download (158kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics