Teknik montaj dan aplikasinya terhadap konsep ruang-masa dalam Kajian filem bisikan syaitan (2013) / Arnie Syahidayu Azhar

Azhar, Arnie Syahidayu (2015) Teknik montaj dan aplikasinya terhadap konsep ruang-masa dalam Kajian filem bisikan syaitan (2013) / Arnie Syahidayu Azhar. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini memberi tumpuan kepada kepentingan teknik suntingan berhubung dengan unsur-unsur masa dan ruang dalam filem Bisikan Syaitan (2013). Suntingan adalah salah satu elemen asas dan penting dalam pengeluaran filem. Salah satu teknik suntingan yang boleh digunakan adalah manipulasi masa dan ruang adalah teknik suntingan montaj. Berhubung dengan filem, masa dan ruang boleh ditakrifkan sebagai dimensi keempat di mana setiap objek boleh dilihat sebagai satu rangka kerja. Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dan analisis tekstual bagi pengumpulan data, teknik suntingan yang berunsurkan ruang dan masa dalam filem Bisikan Syaitan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti adakah filem tersebut mempunyai unsur peredaran masa-ruang menganalisis adakah teknik suntingan montaj yang digunakan dalam filem tersebut, dan akhir sekali, mengkaji kepentingan teknik suntingan dan aplikasi teknik montaj kepada filem. Dapatan kajian ini mendapati pengunaan montaj sekuan (montaj sequence) telah digunakan dalam filem tersebut bagi mewujudkan ruang-masa dalam filem tersebut.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PPb_ARNIE SYAHIDAYU AZHAR FF 15_5.pdf]
Text
PPb_ARNIE SYAHIDAYU AZHAR FF 15_5.pdf
Download (174kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics