Kajian mengenai sesi pendidikan pengguna yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR): keberkesanannya terhadap pelajar tahun satu Fakulti Pengajian Maklumat Universiti Teknologi MARA, Shah Alam / Mohd Firdhaus Yusuf

Yusuf, Mohd Firdhaus (2002) Kajian mengenai sesi pendidikan pengguna yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR): keberkesanannya terhadap pelajar tahun satu Fakulti Pengajian Maklumat Universiti Teknologi MARA, Shah Alam / Mohd Firdhaus Yusuf. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Penyelidikan ilmiah ini akan membincangkan tentang keberkesanan sesi "pendidikan pengguna" yang dianjurkan oleh PTAR. Secara keseluruhannya, objektif penyelidikan yang akan dijalankan ini adalah bagi melihat tahap penggunaan sumber perpustakaan dengan betul dan berkesan dan mengetahui sejauh manakah sesi pendidikan pengguna ini berkesan dalam mempertingkatkan kemahiran pencarian maklumat oleh pelajar di PTAR. Kajian ini dilakukan dengan mendapatkan 50 orang yang terdiri dikalangan pelajar tahun satu Fakulti Pengajian Maklumat Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Di antara cadangan yang disarankan oleh penyelidik adalah pihak perpustakaan perlu mengkaji setiap aspek kelemahan dan kekurangan yang wujud dalam sesi pendidikan pengguna yang sedia ada bagi mempertingkatkan serta memperkukuh program pendidikan pengguna yang akan dijalankan oleh PTAR pada masa akan datang. Penyelidik telah mendapati bahawa program pendidikan pengguna yang disediakan oleh pihak PTAR tidak mencapai objektif atau sasarannya, pihak yang terlibat dalam menyediakan program pendidikan pengguna kepada para pelajar ini seharusnya mempunyai suatu pendekatan yang sistematik dan konsisten bagi memastikan setiap sumber yang terdapat di perpustakaan dapat dimanfaat sepenuhnya oleh para pelajar. Kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam proses pencarian atau pengaksesan maklumat merupakan sebagai satu asas penting kepada para pelajar di pusat pengajian tinggi untuk mempertingkatkan penguasaan mereka sekaligus dapat meningkatkan pencapaian akademik.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yusuf, Mohd Firdhaus
UNSPECIFIED
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library education. Training
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Personnel. Librarians
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Information Management
Keywords: Pendidikan pengguna; Perpustakaan; PTAR
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15822
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_MOHD FIRDHAUS YUSUF IM 02_5.pdf] Text
PPb_MOHD FIRDHAUS YUSUF IM 02_5.pdf

Download (7MB)

Fulltext

Fulltext is available at:

ID Number

15822

Indexing

|

Statistic

Statistic details