Satu kajian terhadap keberkesanan perkhidmatan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan kepada kanak-kanak

Wan Nawang, Wan Na'ima (2006) Satu kajian terhadap keberkesanan perkhidmatan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan kepada kanak-kanak. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Perkhidmatan perpustakaan merupakan satu sejarah di dalam menyediakan peruntukan untuk keperluan kanak-kanak. Perkhidmatan kepada kanak-kanak mempunyai elemen penting yang telah lama umjud di dalam perpustakaan awam,walaupun kenyataan dari Persatuan Perpustakaan menunjukkan bahawa peruntukan daripada sumber-sumber lain adalah kurang memuaskan. Kanak-kanak merupakan aset yang berguna kepada negara di masa hadapan dan memerlukan sokongan dan pengurusan hak serta peruntukan perkhidmatan yang berkualiti daripada pihak bertanggungjawab. Fokus utama kertas penyelidikan ini adalah untuk melihat secara keseluruhan keupayaan dan peluang yang diberikan kepada kanak-kanak di dalam mengakses maklumat dan sumber pendidikan untuk perkembangan intelek mereka,danfungsi Perpustakaan Awam Negeri Sembilan untuk memenuhi beberapa objektif kajian berkaitan dengan keperluan maklumat kanak-kanak, pandangan kanak-kanak mengenai perpustakaan dan perkhidmatan-perkhidmatannya serta masalah-masalah yang dihadapi semasa menggunakan perkhidmatan perpustakaan dan kemudahan
yang disediakan. Setelah menyemak artikel dan kajian sebagai rujukan yang diperlukan di dalam penyelidikan ini, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk memperbaiki dan melaksanakan agenda penyelidikan ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 15709.pdf]
Text
15709.pdf
Download (5MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics
Download Statistics