Seni lagak ngeri: Satu kajian terhadap prosedur keselamatan dan kesihatan di dalam Produksi Nuansa Sdn Bhd dan MIG Production Sdn Bhd / Noor Azlin Abdul Aziz

Abdul Aziz, Noor Azlin (2014) Seni lagak ngeri: Satu kajian terhadap prosedur keselamatan dan kesihatan di dalam Produksi Nuansa Sdn Bhd dan MIG Production Sdn Bhd / Noor Azlin Abdul Aziz. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian ilmiah ini bertujuan untuk mengkaji prosedur keselamatan dan kesihatan bagi pelagak ngeri atau pelakon yang melakukan aksi lagak ngeri di dalam produksi Nuansa Sdn Bhd menerusi filem Jiwa Taiko (2012) dan MIG Production Sdn Bhd melalui filem Jangan Pandang Belakang (2007). Penulis juga akan meninjau semula kes-kes yang berhubungkait dengan lagak ngeri di dalam kedua-dua produksi ini. Dalam kajian ini, penulis akan menggunakan kerangka teori Domino oleh H. W. Heinrich iaitu teori kemalangan di tempat kerja untuk dikaitkan dengan insiden lagak ngeri yang berlaku ke atas kedua-dua produksi ini. Kajian ini menggunakan kaedah berbentuk kualitatif yang akan dibahagikan kepada dua sumber; iaitu sumber pertama dan sumber kedua. Bagi sumber pertama, penulis mendapatkan maklumat melalui hasil temubual terhadap beberapa pihak yang terlibat dalam kajian ini. Manakala, bagi sumber kedua, penulis mendapatkan maklumat melalui buku-buku, artikel-artikel dan internet. Hasil kajian ini memperlihatkan tiada prosedur keselamatan dan kesihatan pelagak ngeri diaplikasi dan diselaraskan di dalam produksi filem. Penjelasan daripada pelagak ngeri, pelakon yang melakonkan aksi lagak ngeri, pengarah filem, produser filem, agen insuran dan penyelaras lagak ngeri adalah penting kerana masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza antara satu sama lain. Kesimpulannya, selagi prosedur keselamatan dan kesihatan pelagak ngeri tidak diaplikasikan dan diselaraskan kepada produksi filem, maka kerjaya sebagai seorang pelagak ngeri tidak sedikit pun dipandang tinggi oleh masyarakat dan jauh sekali diiktiraf di dalam industri seni tanah air.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Aziz, Noor Azlin
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Motion picture industry
P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Production and direction > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Keywords: Seni Lagak Ngeri; Prosedur keselamatan; Prosedur kesihatan; Produksi Nuansa Sdn Bhd; MIG Production Sdn Bhd
Date: 2014
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15073
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_NOOR AZLIN ABDUL AZIZ FF 14_5.pdf] Text
PPb_NOOR AZLIN ABDUL AZIZ FF 14_5.pdf

Download (223kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

15073

Indexing

Statistic

Statistic details