KTP UiTM dan Little Caliphs semai kesedaran alam sekitar

Hashim, Nur Idzhainee (2026) KTP UiTM dan Little Caliphs semai kesedaran alam sekitar. UiTM News Hub. pp. 1-4.
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan penganjuran inisiatif Knowledge Transfer Programme (KTP) bertajuk "Seeds of Sustainability: Experiential Environmental Education Between UiTM and Kindergarten Communities" oleh sekumpulan pelajar kursus PRM457: Park Recreation Programming, Bidang Pengurusan Taman dan Ameniti, Kolej Pengajian Alam Bina, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan kerjasama Little Caliphs Kindergarten, Shah Alam pada 12 Jun 2026. Program yang dianjurkan bersempena sambutan World Environment Day 2026 serta mengangkat tema "Cultivating Sustainability, Growing Green Generations" ini bertujuan memupuk kesedaran alam sekitar, membudayakan amalan kehidupan lestari, dan memperkukuh hubungan komuniti setempat sejak peringkat awal kanak-kanak. Dengan bimbingan pensyarah pengiring Dr. Nurul Asyikin Ibrahim dan Puan Nur Idzhainee Hashim bersama wakil industri, inisiatif yang melibatkan 68 orang pelajar UiTM ini berjaya menghimpunkan seramai 79 orang murid tadika dan 10 orang guru menerusi dua pengisian utama, iaitu aktiviti amali penanaman sayur-sayuran secara konvensional untuk murid serta sesi perkongsian ilmu sistem pertanian hidroponik bagi memperkasakan para pendidik. Secara keseluruhannya, program ini membuktikan komitmen proaktif mahasiswa sebagai agen perubahan dalam pemindahan ilmu serta menyokong pembangunan komuniti yang lestari dan berdaya saing.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 150632.pdf]
Text
150632.pdf
Download (906kB)
Indexing & Metrics