Transformasi pesat era digital dan kecerdasan buatan (AI) menuntut pustakawan masa depan untuk beralih peranan daripada sekadar penjaga buku kepada pengurus maklumat, pendidik literasi, dan komunikator yang berkesan. Bagi merealisasikan visi ini, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Kampus Rembau menyediakan program latihan industri holistik kepada pelajar Fakulti Sains Maklumat, yang dimulakan dengan modul Pengurusan Perpustakaan bagi memperkukuh pemahaman terhadap struktur dalaman organisasi. Menerusi modul ini, pelajar didedahkan kepada aspek tadbir urus polisi, perancangan belanjawan, perolehan bahan, pengurusan aset, serta penerapan etika kerja berpasukan dan komunikasi organisasi untuk menggerakkan keseluruhan ekosistem perpustakaan akademik secara profesional.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Kasirun, Mohd Hafiz UNSPECIFIED Samsudin, Noor Faraliza UNSPECIFIED |
| Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library education. Training |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
| Journal or Publication Title: | RONA TINTA |
| ISSN: | 2785-9126 |
| Keywords: | Transformasi perpustakaan, latihan industri, pengurusan maklumat, pustakawan |
| Date: | 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/150421 |
150421.pdf
