Kemahiran amali merupakan komponen penting dalam pendidikan fizik yang memerlukan pentaksiran yang sistematik bagi memastikan pencapaian hasil pembelajaran yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan pentaksiran laporan amali di Universiti Awam (UA) sering berdepan isu ketidakselarasan kriteria pemarkahan, ketidakjelasan indikator prestasi serta subjektiviti dalam penilaian pensyarah. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan pembangunan instrumen pentaksiran laporan amali fizik dalam kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di sebuah UA di Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan kuantitatif dengan melibatkan 110 orang responden. Instrumen kajian mengandungi 25 item merangkumi lima konstruk utama. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Dapatan menunjukkan semua konstruk berada pada tahap tinggi dengan min keseluruhan 4.31 (SP = 0.54). Konstruk keperluan rubrik berstruktur mencatatkan min tertinggi (Min = 4.45, SP = 0.44), diikuti oleh keperluan senarai semak penskoran (Min = 4.38, SP = 0.46), konsistensi pemarkahan (Min = 4.31, SP = 0.54), kejelasan kriteria pentaksiran (Min = 4.25, SP = 0.58), dan kefahaman terhadap format laporan amali (Min = 4.21, SP = 0.59). Keperluan terhadap rubrik berstruktur mencatatkan nilai tertinggi diikuti oleh senarai semak penskoran. Dapatan ini menunjukkan keperluan yang signifikan terhadap pembangunan instrumen pentaksiran yang lebih sistematik, telus dan berstandard. Kajian ini mencadangkan pembangunan instrumen berasaskan rubrik analitik dan senarai semak bagi meningkatkan objektiviti serta kualiti pentaksiran amali Fizik.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Alias, Siti Nursaila anasaila@fsmt.upsi.edu.my Supian, Faridah Lisa UNSPECIFIED Azmi, Nurul Istiqamah UNSPECIFIED Bakri, Mohd Hery Wansyah UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Faculty. Teaching personnel > Malaysia L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Curriculum |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus |
| Journal or Publication Title: | i-LEdHS 2026 Conference Proceedings |
| ISSN: | 978-629-93193-0-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 373-379 |
| Keywords: | Educational tests and measurements, Physics, Science |
| Date: | 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/150307 |
150307.pdf
