Rabu, 3 September 2025 menjadi hari yang penuh warna dan gelak tawa apabila warga Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA), UiTM Cawangan Pulau Pinang berkumpul dalam program istimewa BowlBOND 2025. Bertempat di Ole Ole Superbowl Mydin, Bukit Mertajam, aktiviti bermula dari jam 1.45 petang hingga 5.00 petang, menghimpunkan 64 orang peserta terdiri daripada pensyarah, penolong jurutera dan pembantu makmal dalam satu misi yang sama: berseronok sambil mengeratkan silaturrahim.
Program ini dianjurkan oleh Unit Kebajikan, Sukan dan Khidmat Masyarakat PKA sebagai platform santai untuk membina suasana kerja yang lebih harmoni, positif dan penuh semangat kekitaan. Dalam dunia kerja yang sentiasa sibuk, BowlBOND hadir sebagai ruang rehat bermakna untuk semua warga bergerak aktif, menyegarkan minda, serta menikmati kebersamaan tanpa formaliti.
Seawal program bermula, suasana sudah terasa meriah dengan sesi pendaftaran dan pembukaan. Apabila permainan dimulakan, setiap lorong seolah-olah mempunyai cerita tersendiri, ada yang tampil yakin seperti atlet profesional, ada yang fokus memburu strike, dan ada juga yang ketawa apabila bola tersasar ke longkang. Namun, itulah keindahan BowlBOND kerana yang paling utama bukan sekadar kemenangan, tetapi kebersamaan. Sorakan kecil, tepukan spontan dan semangat saling menyokong menjadi energi sepanjang pertandingan. Momen paling manis ialah apabila setiap peserta tetap memberi galakan dan meraikan setiap percubaan, sama ada jatuh semua pin atau hanya satu pin sahaja. Program diteruskan dengan penyampaian hadiah serta sesi bergambar sebagai tanda kenangan bersama . Secara keseluruhannya, BowlBOND 2025 bukan sekadar pertandingan bowling, malah menjadi simbol kebersamaan warga PKA yang meraikan hubungan kerja dalam cara yang lebih ceria, santai dan bermakna. Diharapkan program ini dapat diteruskan sebagai aktiviti tahunan bagi menyuburkan budaya kerja yang positif dan memperkukuh semangat satu pasukan.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Razali, Mazlina UNSPECIFIED Pakir Mohamed Latiff, Muhamad Faizal UNSPECIFIED Imran, Nik Farhanim UNSPECIFIED Ahmad, Azura UNSPECIFIED Tammy, Nor Janna UNSPECIFIED Endut, Mohd Zaini UNSPECIFIED Ramlan, Roseffendy UNSPECIFIED Ibrahim, Anas UNSPECIFIED Ahmad, Suzana UNSPECIFIED Fazil, Nurul Nor Fazlina UNSPECIFIED Aswad, Mohamad Azrul UNSPECIFIED Roselli, Siti Rahimah UNSPECIFIED Abdullah, Salahuddin UNSPECIFIED Hassan Basri, Muhammad Hasbullah UNSPECIFIED Ruslan, Amer Khomeiny UNSPECIFIED Ismail, Mohd Khairul Azhar UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Pakir Mohamed Latiff, Muhamad Faizal UNSPECIFIED Chief Editor Kuan, Woei Keong UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin FKA |
| ISSN: | 2716-6325 |
| Keywords: | Program pengukuhan silaturahim, Kesejahteraan warga kerja, Semangat kerja berpasukan |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/150294 |
150294.pdf
