Civil Inter-Batch Sports Day 2.0: misi menjadi batch PKA terbaik!

Abd Aziz, Noraziyan (2025) Civil Inter-Batch Sports Day 2.0: misi menjadi batch PKA terbaik! Bulletin. Unit Penerbitan PKAPP, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Menjadi tradisi Academic Advisory Unit (AAU), Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA), UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP), menganjurkan program bersama antara Penasihat Akademik (PA) dan pelajar PKA. Inisiatif ini bertujuan menghimpunkan PA dan pelajar pada setiap semester bagi mengekalkan hubungan yang baik sepanjang tempoh pengajian.
Bagi semester 20254, AAU dengan kerjasama Penang Civil Engineering Student’s Society (PCES) sebagai wakil pelajar telah menganjurkan satu aktiviti santai, iaitu Civil Inter-Batch Sports Day 2.0. Program ini merupakan kesinambungan kepada Civil Inter-Batch Sports Day yang pertama kali diadakan pada tahun 2023. Kali ini, warga PKA berpeluang menunjukkan semangat kesukanan bersama-sama sambil merebut gelaran batch terbaik.
Di bawah kelolaan Ketua Pusat Pengajian (KPP), Ts. Dr. Muhamad Faizal bin Pakir Mohamed Latiff, program ini mendapat kerjasama penuh daripada seluruh warga PKA walaupun masing-masing sibuk dengan tugasan di penghujung semester. Seramai 669 orang pelajar telah dibahagikan mengikut batch masing-masing dan mewakili lima rumah sukan, iaitu Biru, Ungu, Merah, Kuning dan Hijau di bawah seliaan gabungan PA. Program dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku serta ucapan perasmian oleh KPP. Sesi regangan badan pula dipimpin oleh pasukan Aerodance PKA melalui aktiviti Zumba yang menceriakan suasana.
Program diteruskan dengan acara permainan utama yang dipecahkan kepada beberapa permainan mini yang memerlukan penyertaan wakil daripada setiap rumah sukan. Penyertaan yang ramai ini secara tidak langsung dapat mengeratkan kerjasama serta ukhuwah sesama peserta. Secara keseluruhannya, Civil Inter-Batch Sports Day 2.0 bukan sahaja menceriakan warga PKA dengan pelbagai aktiviti menarik, malah berjaya mengeratkan lagi hubungan antara PA dan pelajar merentas batch. Suasana penuh semangat, gelak tawa dan kerjasama yang ditonjolkan sepanjang program jelas membuktikan bahawa warga PKA bukan sahaja hebat dalam akademik, tetapi juga kuat dalam semangat berpasukan. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform untuk memupuk ukhuwah, semangat kesukanan serta memperkukuh identiti batch dalam kalangan warga PKA UiTMCPP.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 150285.pdf]
Text
150285.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics