Kuala Mengkuang, 17 Januari 2026 – Program Kempen Komunikasi, Pendidikan, Penglibatan dan Kesedaran Awam (CEPA) bagi Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) Peringkat Negeri Pulau Pinang telah berjaya dilaksanakan di Masjid Ittifaqiyyah Kuala Mengkuang, Kubang Semang, Seberang Perai Tengah dengan penglibatan menyeluruh pelbagai pihak termasuk komuniti setempat, pelajar, agensi kerajaan serta pihak akademik. Program ini dianjurkan secara kolaboratif oleh Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pulau Pinang bersama MPKK Kampung Kuala Mengkuang, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) serta Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN).
Program yang berlangsung selama dua hari ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat berkaitan sistem ramalan dan amaran banjir, di samping memperkukuh kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi risiko bencana. Seramai 400 peserta telah terlibat merangkumi staf dan ahli jawatankuasa, pelajar, komuniti penduduk, wakil agensi, penilai industri serta tetamu jemputan.
Antara pengisian utama program termasuk taklimat berkaitan info banjir dan sistem siren amaran, simulasi operasi menyelamat oleh pihak bomba, lawatan reruai pameran agensi, penilaian projek SULAM serta aktiviti interaktif bersama komuniti seperti pertandingan mencari puspawangi dan lastik botol. Pelaksanaan aktiviti secara praktikal dan interaktif ini memberi peluang kepada peserta memahami prosedur sebenar pengurusan bencana serta meningkatkan keyakinan masyarakat untuk bertindak secara tepat ketika situasi kecemasan.
Majlis penutup program turut diserikan dengan sesi ucapan wakil agensi, penyampaian cenderahati, cabutan bertuah serta sesi soal selidik sebelum dan selepas program bagi menilai tahap keberkesanan pendedahan yang diberikan kepada peserta.
Secara keseluruhannya, penganjuran program ini berjaya mencapai matlamat dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pendidikan, agensi teknikal dan komuniti setempat. Inisiatif sebegini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform pemindahan ilmu, pembinaan kesedaran risiko bencana serta pemerkasaan komuniti agar lebih bersedia menghadapi kemungkinan berlakunya banjir.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Dollah, Zuraisah UNSPECIFIED Ahmad Mohtar, Intan Shafeenar UNSPECIFIED Pakir Mohamed Latiff, Muhamad Faizal UNSPECIFIED Raja Mohd Noor, Raja Nor Husna UNSPECIFIED Akbar, Nor Azliza UNSPECIFIED Alias, Salina UNSPECIFIED Abdul Hamid, Mohd Samsudin UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Pakir Mohamed Latiff, Muhamad Faizal UNSPECIFIED Chief Editor Kuan, Woei Keong UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin FKA |
| ISSN: | 2716-6325 |
| Keywords: | Kesedaran dan kesiapsiagaan banjir, Penglibatan komuniti, Pengurusan risiko bencana |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/150235 |
150235.pdf
