Pada semester 20254, satu program pengukuhan bagi subjek Hydraulic telah diadakan oleh pensyarah yang terlibat iaitu Cik Kamsiah dan Puan Sabariah. Para pelajar terdiri dari para pelajar yang mengulang dan juga yang pertama kali mendaftar subjek ini. Cabaran pada semester ini adalah terdapat salah seorang pelajar yang sudah dua kali gagal dan kini mengulang untuk ketiga kalinya. Satu usaha perlu dilakukan demi pelajaran anak didik ini, maka Program Cantas Gagal adalah wadah yang terbaik untuk meningkatkan kefahaman para pelajar akan subjek Hydraulic ini.
Melalui Program Cantas Gagal, persediaan mental dan fizikal para pelajar harus dipertimbangkan. Permohonan dana bagi program ini telah dimajukan kepada pihak HEP oleh Puan Sabariah, namun ianya tidak diluluskan. Walaupun gagal dalam permohonan peruntukan kewangan namun ianya tidak mematikan semangat para pensyarah untuk membantu para pelajar demi kejayaan di dalam bidang akademik. Pada 6hb Disember pelaksanaan Program Cantas Gagal telah mendapat sambutan dari semua para pelajar. Bermula dari jam 9 pagi sehinggalah tamat pada Jam 12.30 tengahari.
Pengisian dalam program ini adalah lebih kepada teknik menjawab soalan samada berbentuk teori mahupun pengiraan. Pelbagai bentuk soalan telah disediakan untuk para pelajar menjawab terlebih dahulu sebelum diakhiri sesi perbincangan kepada setiap soalan yang diberikan. Para pelajar telah dibahagikan mengikut kumpulan masing masing demi kelancaran program cantas gagal ini . Di dalam program ini juga, Pn Sabariah dan Cik Kamsiah telah menyelitkan kata kata semangat kepada para pelajar juga menerapkan konsep kerja berpasukan agar saling bantu membantu. Di akhir program ini, sedikit saguhati dan hadiah diberikan kepada para pelajar yang berjaya menjawab semua soalan sebagai suntikan semangat belajar. Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang kerana setiap pelajar yang datang ke sini amatlah memerlukan sokongan daripada kita semua sebagai warga pendidik.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Badrealam, Sabariah UNSPECIFIED Abd Wahab, Kamsiah UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Pakir Mohamed Latiff, Muhamad Faizal UNSPECIFIED Chief Editor Kuan, Woei Keong UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin FKA |
| ISSN: | 2716-6325 |
| Keywords: | Program cantas gagal, Pengukuhan pembelajaran hidraulik, Teknik menjawab soalan dan kerja berpasukan |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/150234 |
150234.pdf
