Pengaplikasian strategi retorik dalam ucapan Perdana Menteri Malaysia ke-7 dan ke-10 berdasarkan teori retorik Aristotle

Abdul Wahid, Najihah (2026) Pengaplikasian strategi retorik dalam ucapan Perdana Menteri Malaysia ke-7 dan ke-10 berdasarkan teori retorik Aristotle. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA.
Abstract

Retorik merupakan cabang dalam bidang linguistik yang merangkumi seni yang boleh mempengaruhi dan memberi impak kepada penonton atau pendengar melalui ucapan, penyampaian atau penulisan. Oleh itu, retorik memainkan peranan penting dalam membantu seseorang pengucap memperoleh sokongan terhadap mesej yang disampaikan. Kajian ini dijalankan bagi meneliti pengaplikasian strategi retorik dalam ucapan dua orang Perdana Menteri Malaysia iaitu, Perdana Menteri ke-7 dan ke-10 berdasarkan Teori Retorik Aristotle (1984) yang merangkumi tiga strategi utama iaitu, logos, pathos dan ethos. Kajian ini menumpukan perhatian terhadap tiga objektif utama iaitu: (i) mengenal pasti strategi retorik yang terdapat dalam ucapan Perdana Menteri Malaysia ke-7 dan ke-10, (ii) menganalisis strategi retorik yang digunakan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-7 dan ke-10 berdasarkan Teori Retorik Aristotle dan (iii) membandingkan penggunaan strategi retorik dalam ucapan Perdana Menteri Malaysia ke-7 dan ke-10. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis kandungan secara deskriptif terhadap ucapan Perdana Menteri ke-7 dan ke-10. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri ke-7) lebih cenderung menggunakan elemen logos dua puluh satu (21) kali, berbanding pathos sepuluh (10) kali dan ethos sepuluh (10) kali. Manakala, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri ke-10) lebih cenderung kepada penggunaan logos empat belas (14) kali dan ethos empat belas (14) kali, berbanding pathos sebelas (11) kali. Selain itu, kajian ini mengenal pasti persamaan dan perbezaan berdasarkan lima prinsip asas retorik Aristotle iaitu, prinsip ciptaan, prinsip penyusunan, prinsip penguasaan, prinsip gaya dan prinsip penyampaian. Melalui kelima-lima prinsip tersebut, kajian ini mendapati dua persamaan, iaitu, pada prinsip ciptaan dan prinsip penguasaan, manakala tiga prinsip lain menunjukkan perbezaan, iaitu, prinsip penyusunan, prinsip gaya, dan prinsip penyampaian. Secara keseluruhan, kajian ini membuktikan bahawa strategi retorik digunakan secara signifikan dalam ucapan kedua-dua Perdana Menteri Malaysia, dengan wujudnya persamaan dan perbezaan yang dapat dianalisis dari sudut teori dan prinsip asas retorik Aristotle.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 150206_fulltext.pdf]
Text
150206_fulltext.pdf
Available under License Dasar Harta Intelek UiTM (Para 6).
Download (1MB)
[thumbnail of declarationform.pdf]
Text
declarationform.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (337kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics